Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

SMS, e-mail dan surat berantai serta hukumnya

Tuesday, December 21, 2010 4 ,000,000 terlepas cakap

Sejujurnya, korang pernah tak dapat sms macam ni? Aku dapat sms macam tu semalam dari kawan aku. Masa tu aku baru nak melayari taman-taman mimpi. Tiba-tiba henpon aku begetar (aku tak suka henpon bunyi bising haha. ~1 mesej diterima (aku da alih bahasakan dari BI ke BM), bila aku buka mesej tu, aku dapat lah mesej seperti yang kat atas ni.
maaf ya jgn terima telefon dari 6 number. Itu number berwarna merah, nombor tu muncul lagi, awas jgn angkat keranaterjadi di Bandung 5 orang sudah jadi mangsa. Tolong sebarkan sms ni ke 15 temanmu merana no. ni sedang mencari tumbal, jadi tidak di sebarkan, maknanya ibumu sebagai pengganti cepat sebelum jam 12 (NYATA). Sori sy kirim sama ko kerana aku sayang ibuku, apalah arti sebuah kredit dibandignkan kehilangan ibu.
Dalam hati aku terus berkata, kenapa orang masih nak percaya sms berantai macam ni. Jadi hari ini mari kita kupas sedikit demi sedikit hal ini JOM bantu aku kupas dengan memberikan komen anda.


Hadirin & Hadirat sekalian,

SMS berantai yang kita sering temui hari ini adalah kesinampungan surat berantai yang pernah melanda kita dahulu. Aku dulu pernah terbaca mengenai surat berantai tersebut, asalnya ia adalah hasil tangan seseorang yang ingin menghancurkan akidah orang Islam. Usahanya untuk memperdaya Orang Islam dengan memberikan kisah penjaga makam Rasulullah S.A.W telah bermimpi bertemu baginda. Dalam mimpi tersebut Rasulullah telah memberikan beberapa peringatan dan peringatan tersebut hendaklah di sebarkan kepada sekian bilangan orang. Jika tidak disebarkan maka celaka orang yang tidak menyebarkan tersebut. Nampak gaya sememangnya hasil karya orang yang ingin menjahanamkan akidah orang Islam ini berhasil apabila surat tersebut tersebar dengan meluas. Apa kesannya kepada aqidah orang Islam? Orang Islam yang kureng dalam pendidikan Islam teruslah menyerbu ke kedai fotostet untuk fotostet salinan surat tersebut banyak-banyak. Aku masih ingat muka seorang pakcik, muka ganaz jer pakcik tu tapi bila terima surat tu pucat macam ikan kering jak. Apa lagi kelam kabut la dia pegi kedai fotostet. Arghhh malas aku cerita sal pakcik tu sebab aku ada kes dengan dia. Bangang seh..


Mari kita balik kepada topik asal tadi.

Seiring dengan perkembangan teknologi komunikasi ketika ini, maka surat berntai tadi telah mengalami transformasi yang besar denga berevolusi daripada surat kepada email dan SMS. Sebenarnya banyak jenis SMS dan email seperti di atas tu di pasaran disebarkan. Walaupun berbeza pada ayat dan cerita dongengnya, namun tema dia tetap sama iaitu, "perlu disebarkan" dan juga " akan mendapat kecelakaan kalau tidak disebarkan". Betul tak? nak lg contoh lain sms dan email?
"ALLAH AKU CINTAI KAU DAN AKU PERLUKAN KAU...DATANGLAH KE HATIKU..."" KIRIM PADA 10 ORANG DAN LIHAT KEAJAIBAN MALAM INI, TOLONG JANGAN DELETE. IA BENAR2 TERJADI. INI SMS DARI IBU ALI SAID-JURU KUNCI SAYYIDA MAKKAH YANG BERMIMPI BERTEMU RASULULLAH SAW. BELIAU BERPESAN: KUATKAN AQIDAH DALAM IBADAH KERANA DUNIA INI SUDAH GOYAH DAN TUA. SEBARKAN SMS INI KE 10 MUSLIM INSYALLAH DLM WAKTU 10 HARI AKANDAPAT REZEKI BESAR DAN JIKA TIDAK DISEBAR TUNGGULAH KESULITAN YANG TIADA HENti"
Aku telah melawat beberapa blog di negara jiran kita. Tak sangka di sana turut menerima benda yang sama seperti ini. Antara SMS yang pernah disebarkan di sana berbnuyi
"Kalo ada telepon yang NOMOR BERWARNA MERAH jangan diangkat karena bisa menelan jiwa. Hari ini sudah disiarkan diberita, terjadi di Jakarta dan Duri dan sudah terbukti. Sekarang masih diusut oleh pihak KEPOLISIAN. Dugaan sementara adalah kasus PEMBUNUHAN JARAK JAUH MELALUI TELEPON GENGGAM (HP) oleh dukun ILMU HITAM / si penelepon adalah ROH GENTAYANGAN yang mencari MANGSA. Harap dimengerti dan kirim ke teman atau saudara semua. Harap saling menbantu sesama umat manusia."
"Informasi, kalau ada nomor Hp yang 0866 atau 0666 masuk berwarna merah mohon jangan diangkat karena ada virus kematian. Soalnya di Jakarta dan Pulau Bengkalis sudah ada yang meninggal gara-gara masalah ini, orang bilang lagi uji ilmu hitam sekian sekilas info."


Cubalah lihat dan perhatikan hadiri sekalian,

Nada dan isi kandungan SMS tersebut tak juga jauh berbeza. Jadi kenapa masih ramai yang masih penakut sehingga kan sanggup membazirkan kredit yang dikhaskan SMS dengan Gupren/bupren tapi telah gunakan untuk menyebarkan SMS bangang ni.

Jadi, Aku sms lah balik kawan aku tu, aku minta dia dan pengirim sms kepadanya itu untuk bertaubat (ceh macam ustat pla). Selepas tu dia jawab balik, yang hantar sms tu Ustazah kafa. terbeliak mata aku membaca balasan SMS kawan aku tu. Jadi kepada pembaca entry ni janganlah jadi pengecut dan bangang serta memandai-mandai nak sebarkan SMS, email atau surat berantai ni kalau menerimanya.

Mesti korang tertanya-tanya apakah hukum dalam Islam menghantar sms berantai ni? so aku dah cuba tanya Pakcik Google. Lalu, aku terjumpa dengan sebuah blog yang turut membincangkan hal ini dengan lebih terperinci. Di sini aku sertakan hukum SMS, email atau surat berantai.

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:
Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim." ~(aku petik dari duniacacamarba)

Nasihat aku la kan, jangan jadi penakutlah kalau terima surat atau sms tersebu. Kalau jumpa surat tersebut terus jer koyak depan muka orang yang bagi tu, dan nasihatkan dia bertaubat. SMS pula korang jangan simpan terus jer delete. Bazir air liur jer membaca dan bazir kredit jak untuk sebarkan. Ingatlah dengan rukun Iman yang ke-6 tu. Yakin dan percayalah pada Qada' dan Qadar ALLAH. Sesungguhnya ALLAH takkan mengubah nasib seseoran itu sehingga dia mengubah nasibnya sendiri.


p/s: apa yang aku pelik ialah bagaimana pengguna telefon yang tidak berkaler? mcm mana dia nak kenal nombor tu berwarna merah ka, biru ka, hijau ka?? nampak sangat mesej tu bangang..dunia..dunia

4 comments

December 22, 2010 at 10:21 AM

HEBAT!!!!!!!!!!!! Nnt aku share d fesbuk ku ya~

December 22, 2010 at 10:24 AM

@Finie Ramoswah tQ finie..finie tolong aku eh..share button aku tu degil tak mau ni muncul..arghh

December 22, 2010 at 10:34 AM

@Pinung is VizarDWelcome~ la psl copy tu..copy jak ba HTML address d atas tu pas tu paste p share link fesbuk~ aku buat cm tu la.mna ku harap guna share button widget tu~

December 22, 2010 at 10:42 AM

@Finie Ramosahahah tebiasa bha sudah aku pakai widget tu hahahah btw thanx ar..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...