Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Keputusan Piala AFF Suzuki; Malaysia [2] - Vietnam [0]

Wednesday, December 15, 2010 0 ,000,000 terlepas cakap
Tahniah Malaysia..
Ucapan khas kepada anak-anak buah uncle Raja kerana telah berjaya menewaskan pasukan Vietnam 2 berbalas kosong. Aku tak tau nak cakap apa lah, aku bukanlah seorang pemain atau peminat fanatik bola sepak ni. Tapi memandangkan aku adalah seorang yang minat dengan sukan jadi aku pun layanz lah.

Sepanjang masa pertama memang menyusahkan mata aku tengok Malaysia main sebab banyak lagi kawalan bola yang perlu dibaiki. Namun aku puji para pemain sebab menunjukkan semangat juang dan disiplin yang tinggi. Macam ni baru MANTOP. Walaupun pada masa pertama nampak macam seimbang dengan kedua-dua pasukan asyik berbalas serangan, namun dari mata kasar seorang yang NOOB main bola ni, sememangnya Malaysia lebih banyak melakukan serangan walau belum ada yang betul-betul atas sasaran.



Masa kedua pula serangan lebih nampaknya didominasi oleh pasukan Vietnam dengan sekali sekala Malaysia melakukan serangan balas. Jadi dengan keringat yang sudah penuh sebaldi Malaysia akhirnya berjaya menyumbat satu gol pada minit ke-61. Gol yang bermula daripada sepakan percuma pemain dan kemudian disambut dengan tandukan kepala bertuah Safee sali terus ke telapak tangan penjaga gol Vietnam. Namun, dek kerana tangkapan yang kurang kemas maka bola terlepas daripada tangan dan terus masuk ke jaring dan apa lagi GOOOOLLLLL... Safee sali tak puas hati lagi lepas tu dia pi sumbat lagi gol yang kedua pada minit ke-80 lagi sekali penjaga gol vietnam melakukan kesilapan dengan menolak bola tersebut betul-betul di hadapan Safee Sali yang terbiar keseorangan tanpa ditemani oleh pemain pertahanan Vietnam. Maka dengan prinsip tidak mahu menolak tuah, Safee Sali pun terus meledakkan gol yang kedua Malaysia pada minit ke-80.


Oleh itu Malaysia bakal membawa dua gol sebagai bekalan ke Hanoi nanti. Aku haraplahkan Malaysia mampu menunjukkan semangat juang yang tinggi dan akan mempertahankan dua gol tersebut. Jagalah disiplin dan dengarlah arahan kapten dan Uncle Raja semasa di atas padang di bumi Hanoi nanti. Terima Kasih kepada Uncle Raja kerana anda adalah wira sebenar malam ni. heheh

Terasa pula macam Hasbullah Awang hahahah. Mari kita menyanyi lagu waka-waka hehe

Tahniah Malaysia

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...