Tahniah Malaysia kerana layak ke peringkat akhir untuk bertemu Indonesia atau Filipin. Perlawanan yang cukup panjang buat pemain Malaysia untuk bertemu dengan pasukan yang ingin mempertahan kan kejuaraan AFF, Vietnam. Walaupun begitu, aku tak nak puji melambung sangat kerana corak permainan secara bertahan yang ditunjukkan oleh pemaian Malaysia dapat aku lihat dalam dua sudut. Pertama kematangan pemain pertahanan dalam menepis semua serangan Vietnam dan sudut kedua ialah clearance pemain perlu dibaiki kerana clearance pemain Malaysia hanya mampu sampai ke kaki pemain Vietnam sahaja. Namun perlawanan tadi amat-amat membuatkan aku seram sejuk dan jantung berdegup sekencang kuda berlari.
Masa pertama diharungi oleh pemain Malaysia dengan hanya mampu bertahan akibat serangan bertali arus pasukan vietnam. Namun sekali sekala Malaysia menyerang menerusi Kunalan dan Amirulhadi. Pasukan Vietnam sememangnya dahagakan gol namun masih gagal untuk mendapatkan gol-gol tersebut. Kecemerlangan penjaga gol Khairul Fahmi yang begitu tenang membaca tendangan kencang ke gawang jagaannya.
Masa kedua memperlihatkan pula pasukan Vietnam tidak berputus asa untuk mencari gol. Serangan demi serangan mereka lakukan dan demikian juga lah kehebatan pertahanan Malaysia bertahanan mempertahankan agregat dua gol. Dalam separuh masa kedua ini juga satu layangan kad merah kepada pemain Vietnam kerana sengaja melakukan jatuhan badan untuk mendapatkan penalti. Namun bukan penalti yang diterima tetapi kad kuning yang kedua. Penghujung masa kedua juga barulah memperlihatkan Malaysia melakukan serangan menerusi Amri Yahya yang di bawa masuk pada akhir-akhir perlawanan. Dua hingga tiga peluang terhidang buat penyerang Malaysia namun semuanya sia-sia sahaja.
Apa pun itu sekadar ulasan aku sahaja. Apa yang aku lihat, Uncle Raja memiliki 1001 ramuan untuk menjadikan piala AFF Suzuki kali ini adalah milik kita. Hidangkanlah kami satu perlawanan akhir yang sangat hebat.
Tahniah Malaysia...

Post a Comment
Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...