Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

5 cara memujuk awek yang merajuk

Sunday, January 16, 2011 14 ,000,000 terlepas cakap
MERAJUK merupakan satu tabiat kaum pompuan. Semua pompuan mempunyai sikap seperti ini. Pompuan kalau dah ada sesuatu yang tak berkenan di hati mula la tarik muka 361 darjah. Lelaki pula kalau dah merajuk, fuh jangan cerita lah, muka dah macam jamban tak siap, buruk sangat. Tak macho la wei. Pompuan merajuk cute dan comey. 'Zura' ko setuju kan? heheh kalau lelaki merajuk, aduh buruk ni, tambah-tambah lagi muka tak hensem. Bagi lelaki korang janganlah merajuk, keja kita ni macho sebab kena pujuk yang merajuk (pompuan). Kalau nak memujuk kena ada gaya dan cara yang berkesan dan POWER. Jadi mari kita belajar sedikit beberapa tips nak pujuk si dia. JOM!! (kalau nak tambah boleh bagi beri di ruangan komen nanti aku masukkan ke dalam entry ni.)

1. Gunakan Ayat Power-Mower

Korang kena rajin mengumpulkan seberapa banyak ayat-ayat power dan ungkapan yang tangkap leleh untuk memujuk si dia. Gunakan segala bunga bahasa, laras bahasa, sintaksis, morfologi, fonetik dan segala ayat-ayat meruntun jiwa. Korang boleh ambik petikan-petikan romantis dari novel-novel atau filem yang sedang meletup sekarang ni macam ngangkung, janin, khurafat..(eh kenapa semua filem seram ni??) ok sila abaikan. Kalau boleh korang kena rujuk sekali kamus Dewan Edisi terkini, Kamus oxford atau kamus tatabahasa agar tak da ayat-ayat yang salah.

2. Ajak si 'dia' makan-makan

Ini antara cara pujuk yang popular juga zaman dahulu kala, kira ni cara yang agak tradisional sikit. Korang korbankan lah beberapa RM korang tu, ajak la dia makan sate, minum ABC ka, cendol, ice-blended, chicken chop, bakso ke, kentaki ker, Mek D ker paling koman pun nasi lemak kukus. Merajuk jer terus pulun dengan makan, merajuk jer suapkan dengan makanan. Merajuk lagi, makan lagi. Maka lihatlah perubajan dirinya dalam masa 3 bulan, pasti memberangsangkan dan selepas kawen korang tak payah lagi beli bantal pelok hehhee..

3. Bagi Kek, Ais Krim dan coklat.

Biasanya orang pompuan ni suka dengan benda-benda macam ni. Jadi bila dorang merajuk belikan la tiga benda ni depan mata dorang. Kompom leleh dorang tu. Kalau nak buat dorang berliur terus hidangkan sebiji mangga dan kupas elok-elok depan dorang, aku jamin kompom beliur dorang tu. Heheh cara ni pasti berkesan untuk meliurkan mereka.

4. Hantar Bunga.

Bunga ni kebanyakan perempuan suka sangat-sangat. Malah bunga ni nampak romantis banget kalau korang bagi kat dorang yang sedang merajuk. Tapi kadang-kadang cara ni tak berkesan langsung kat awek-awek yang tak suka bunga, nak-nak yang elergik dengan bunga ni. Ala susah-susah sangaat nak fikir, korang bagi jer wang pos ker kirim duit ker kat dia.

5. Gunakan orang tengah.

Kalau dah agak kronik dan memang payah lagi nak memujuk sendiri, maka dengan itu korang boleh menggunakan perkhidmatan orang tengah, orang ketiga atau perantaraan. Hantar lah kawan baik dia pujuk ker atau pun kawan baik korang. Tapi bab kawan baik ni, korang kena hati-hati sikit, tak pasal-pasal nanti jadi harapkan pagar, pagar makan padi. Melepaslah korang kalau kawan baik pujuk awek korang yang merajuk tu untuk diri dia sendiri.

OK korang ada cara lagi? mari kongsikan kepada aku. Korang boleh letak kat ruangan komen dan aku akan letak masuk dalam entry ni. Betul ni taw..!!



14 comments

Anonymous
January 16, 2011 at 9:09 PM

hahaha~ xleh blah.. tarik muke 361 darjah. ngeh! mne de bro tahap tu.. :p

January 16, 2011 at 9:14 PM

@Cik Reena Tan hahaha acah jer tu..hehheh mana la taw ada..heheh

Anonymous
January 16, 2011 at 9:16 PM

minta maaf... mgkin itu yg dia harapkan dari anda... :-)

January 16, 2011 at 9:20 PM

@Anonymous Yup setuju..tapi cara untuk menyampaikan itu yang perlu kecemerlangan minda..hahaha

January 16, 2011 at 9:30 PM

aku harap tul kena pujuk ngan bunga tp x penah dpt cz bf bkn mat bunga.. hahaha....

January 16, 2011 at 9:35 PM

lalala..pmpuan mrajuk kasi biar jak
kdng2 ada pmpuan pndai pjuk dri sndiri
& xsuka dipujuk
sbb klau dpujuk makin panas
huh~
:p

January 16, 2011 at 9:35 PM

@anne-nurain aku pla nak sgt bagi bunga, tapi bunga api lah hahahah

January 16, 2011 at 9:44 PM

@~NieZa~ pompuan tu contoh terbaik adalah kau ke nieza?? hehehe

January 17, 2011 at 9:09 AM

paling bkesan; P mnta maaf sma mak/bapak ppuan tu...bgtau "uncle, sy minta maaf sb da lukakn hati anak uncle..sy btul2 mnta maaf.." Grenti cayiieerr melelehhhh bukan jak ppuan itu malah parents ppuan tu...(tpulang pada apa ksalahan yg tlah anda lakukan...)

January 17, 2011 at 1:02 PM

@Finie Ramos hehe itu yg paling berkesan..tp kalau parents dia yg jenis menentang..mcm mna tu finie?

January 17, 2011 at 1:51 PM

ndak jua tu...mna ada makbapak trus melenting bila ada org sejujur2nya p mnta maaf..ckp la sopan2..hehehe

January 19, 2011 at 8:01 PM

@Finie Ramos pikir2 betul jg tu kan finie? hehehe

Apiz
September 2, 2012 at 2:06 AM

Swuh member baik aweks ko uh blikan adiah ntok awek ko pas uh tulis ucapan ayat jiwang2. swuh memb awek ko uh tlis kan. hehe sesuai ntok owg yg jauh2 cm aku nieyh. swuh r bli kan coklat kew ape ke. law mahal sgt bli je lolipop kat 7E arge bru rm0.60 law xsala.. haha...

Anonymous
June 25, 2013 at 6:15 PM

Kalau mcm awek aku biarkan je,lantak lah nak merajuk ke,last2 pandai la come back sendiri...

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...