Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Ikan tuna termahal

Thursday, January 6, 2011 2 ,000,000 terlepas cakap
TOKYO 5 Jan. – Seekor ikan tuna raksasa jenis bluefin dijual pada harga tertinggi dalam sejarah, sebanyak AS$396,000 (RM1.23 juta) pada majlis lelong pertama tahun ini di pasar ikan terbesar di dunia, di Tokyo hari ini.

Harga jualan meningkat ke paras itu berikutan pembidaan sengit sebelum subuh.

Ikan seberat 342 kilogram yang ditangkap di perairan pulau Hokkaido, utara Jepun, jatuh ke tangan dua pembeli yang membuat tawaran bersama sebanyak 32.49 juta yen (RM1.23 juta), kata seorang pegawai di pasar ikan Tsukiji.


Harga itu mengatasi rekod sebelum ini sebanyak 20.02 juta yen (RM756,734) yang dibayar untuk seekor ikan tuna bluefin pada 2001.

Sepotong ‘sashimi’ atau ikan mentah daripada spesimen gergasi itu dianggarkan boleh dijual pada harga kos sebanyak 3,450 yen (RM128), lapor media tempatan.

Ikan itu dibeli oleh dua pemilik restoran sushi, seorang dari Jepun dan seorang lagi dari Hong Kong, yang juga membuat tawaran bersama untuk membeli seekor ikan tuna ‘bluefin’ pada harga tertinggi semasa upcara lelong pertama pada tahun lepas di pasar ikan Tsukiji, pasar seluas lebih 40 padang bola sepak.

“Saya berasa lega kerana ikan itu jenis yang baik. Harga menjadi tinggi kerana pembeli di luar negara turut membuat permintaan untuk tuna,” kata pemilik restoran sushi dari Hong Kong itu.


Pembida dari China, di mana populariti tuna bluefin gred tinggi semakin meningkat, telah membantu melonjakkan harga jualan ke paras tertinggi, lapor media.

“Globalisasi makanan membawa kepada harga tinggi. Ini berita baik yang merangsang seluruh pasaran dan diharapkan ekonomi Jepun akan turut meningkat,” kata seorang peserta lelong. – AFP

2 comments

January 6, 2011 at 9:54 AM

ada main ni d national geography..huh!mcm lelong kreta oo dorg lelong ni ikan..tp probnya skg, ikan spesis ni da makin kurang..dn saiz besar pun da makin kurang~

Info: Ikan tuna adalah spesis yg sama dgn ikan kayu yg macik2 slalu guna utk buat sambal ikan nasi lemak~

January 6, 2011 at 7:05 PM

@Finie Ramos baru pla ni ku taw finie yg tu ikan tuna rupa2nya ikan kayu sama kita adeiii..

tQ ar infonya finie..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...