Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Trend bunuh diri di Jakarta

Thursday, January 6, 2011 1 ,000,000 terlepas cakap
JAKARTA 5 Jan. - Tahun 2011 di sini dibuka dengan kejadian bunuh diri yang disifatkan sebagai trend baru di kalangan rakyat negara ini untuk melarikan diri daripada masalah.

Dalam tempoh empat hari pertama 2011 sahaja, polis merekodkan sekurang-kurangnya lima kes cubaan membunuh diri di daerah Jabodetabek.

Motif cubaan bunuh diri bagaimanapun, masih belum dipastikan, namun menurut pakar psikitari, ia berkaitan dengan tekanan hidup yang dihadapi oleh masyarakat.

Kelmarin sahaja, dua kes dicatatkan masing-masing di Jakarta Pusat dan Jakarta Barat.

Seorang lelaki berusia 40 tahun, Ayung didapati mati di perkarangan pusat membeli-belah Gajah Mada Plaza, Jakarta Pusat.

Hasil siasatan polis mendapati, Ayung terjun dari tingkat tiga tempat meletak kereta bangunan itu.

Sementara itu, di Jakarta Barat, seorang lelaki, Iwan berusia 37 tahun melompat dari tingkat 9, Hotel Boutique pada hari yang sama.

Iwan difahamkan berbuat demikian kerana masalah tekanan hidup.

Dia bernasib baik kerana terselamat biarpun mengalami kecederaan termasuk patah kaki serta luka di tangan, muka dan perut.

Menurut polis, Iwan tertekan kerana masalah rumah tangga.

Isnin lepas, di Kota Depok, Suparno yang berusa 42 tahun pula didapati mati selepas menggantung diri di dapur rumahnya.

Suparno menggantung dirinya dengan melilitkan lehernya kabel antena televisyen.

"Kami belum mengetahui motif mangsa membunuh diri. Agak sukar untuk kami melakukan siasatan kerana keluarga mangsa menolak untuk dilakukan bedah siasat ke atas mayat mangsa," kata Ketua Unit Rahsia dan Jenayah Polis Daerah Cimanggis, Inspektor Narta.

Narta, bagaimanpun menafikan Suparno membunuh diri kerana faktor ekonomi kerana latar belakang mangsa menunjukkan dia tidak miskin.

Pada hari yang sama, dua lagi kes bunuh diri dicatat iaitu Agus, 45, yang melompat dari tingkat enam pusat membeli-belah Blok M.

Seorang lagi mangsa, David Booth, 47, bangsa Inggeris yang mengajar di sebuah sekolah antarabangsa di Kota Bogor mati selepas mengambil ubat dan minuman keras yang berlebihan. - Utusan


dikisahkan di : utusan malaysia.
aku kata : kat Malaysia pla trend dia, buang bayi, rogol, bunuh dengan kejam etc..naaa apa macam pla ni..

1 comment

January 6, 2011 at 9:57 AM

tanda kiamat tu~ Indonesia mmg bnyk tekanan hidup, sb tu dorg bunuh diri..mcm d jepun..oya, cuba buat research psl Hutan Aokigahara d jepun! best tu critanya~~

trend d msia ni plak..hmm, sounds like malaysian ni gila sex pulak..cheh!buat malu rakyat jak, kn~

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...