Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Mak Bangang bawa anak untuk buat maksiat

Monday, January 3, 2011 4 ,000,000 terlepas cakap
KUALA LUMPUR: Untuk mengaburi mata orang ramai, seorang wanita tempatan membawa anak lelakinya berusia dua tahun ke sebuah hotel bersama seorang lelaki warga Bangladesh kononnya untuk menunjukkan mereka seolah-olah satu keluarga padahal lelaki berkenaan baru saja dikenali di Dataran Merdeka ketika menyambut Tahun Baru, malam kelmarin.

Difahamkan, wanita terbabit sanggup mengunci anaknya itu dalam bilik air ketika dia pula memadu asmara dengan lelaki Bangladesh berkenaan.

Ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu bilik hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu, kira-kira jam 4 pagi semalam, wanita berusia 40-an terbabit bertegas mereka suami isteri sah, namun gagal menunjukkan sijil akuan nikah.

Sumber JAWI berkata, wanita berkenaan mendakwa mereka tidak melakukan sebarang perbuatan menyalahi undang-undang sebaliknya hanya ingin melepaskan rasa penat selepas bersiar-siar di Dataran Merdeka, malah sebelum itu mendakwa bayi berkenaan adalah hasil perkahwinan mereka kira-kira setahun lalu.

“Bagaimanapun, tembelang wanita terbabit pecah apabila mengaku dia baru mengenali lelaki Bangladesh itu beberapa jam sebelum tahun baru,” katanya.

Di hotel berasingan, kesanggupan sepasang kekasih, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun datang dari Sabah semata-mata untuk menyambut Tahun Baru dan memadu asmara berakhir dengan kisah memalukan apabila dicekup JAWI atas kesalahan bersekedudukan.

Dua pasangan itu antara 20 orang yang ditahan JAWI kerana bersekedudukan dalam bilik hotel sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Muda Aziz dan Jalan Raja Laut dalam operasi khas sempena sambutan Tahun Baru 2011. Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta 559 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Turut ditahan, lapan lelaki dan wanita kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam mengikut Seksyen 29 akta sama.


dikisahkan di :bharian online

aku kata : FUH mmg geliga lah hotak mak budak ni, pandai cari idea nak buat keja bangang..

4 comments

January 3, 2011 at 8:14 AM

Ha, sb tu la aku xsuka g keramaian ni..situ la tmpt bkumpul syaitan n jenayah..bgus lg duduk diam2 drmah tgok movie@tido~happy New Year!

January 3, 2011 at 1:18 PM

@Finie Ramos hehehe betul tu finie..aku pun tak suka hehehe

Anonymous
January 3, 2011 at 7:39 PM

gila eh.......

January 3, 2011 at 8:39 PM

@tim heheh dunia skg ni mmg dah gila dah

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...