Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Pasangan kekasih tanam janin baru digugurkan

Thursday, January 6, 2011 6 ,000,000 terlepas cakap
SEPANGGAR: Sepasang kekasih sempat menjamu selera di Pusat Komersial Salut di sini selepas menanam janin dipercayai baru digugurkan di kawasan lapang berhampiran kawasan itu, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Ini adalah kes kedua pembuangan janin yang dilaporkan dalam kawasan sama selepas yang pertama pagi kelmarin. Perbuatan pasangan terbabit dilihat dua pekerja kilang, Noor Mohamad Mat, 23 dan Pance Fransisu, 22, yang kebetulan minum sambil berbual di sebuah kedai makan berhampiran.

Noor Mohamad berkata, mereka terlihat wanita bertudung itu duduk mencangkung manakala pasangannya menggali tanah sebelum memasukkan sesuatu lalu menimbusnya.

"Selepas itu, lelaki berkenaan dilihat berjalan ke arah sebuah Proton Iswara yang dihentikan berhampiran untuk mengambil sebotol air. Dia kemudian menyiram lubang yang baru ditimbus itu, diikuti wanita terbabit.

"Kami nampak mereka masuk ke restoran bersebelahan dan memesan makanan sebelum beredar kira-kira 20 minit kemudian.

"Saya dan rakan berasa tidak sedap hati lalu mengorek lubang yang baru ditimbus selepas pasangan berkenaan beredar.
"Selepas dikorek, kami temui kotak berisi bungkusan kain putih dan sebaik dibuka, kami terkejut melihat janin yang masih berdarah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, ketika dihubungi berkata, sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus mendapat maklumat.

Katanya, pihaknya giat mengesan kenderaan dinaiki pasangan terbabit manakala janin yang dipercayai berusia lima bulan itu dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di talian 088-242111.

Kelmarin, seorang tukang cuci menemui janin dalam tong sampah tidak jauh dari tempat kejadian

aku kata : naaaa kan kes mcm ni sampai sabah sudah..

6 comments

January 6, 2011 at 8:45 PM

oh my my....

January 6, 2011 at 8:50 PM

@NekochanMiruku naa..org sabah patut ambil tindakan secepat mungkin ni taw..

Anonymous
January 6, 2011 at 8:53 PM

ya ALLAH ~~~~~~~~

January 6, 2011 at 8:58 PM

@~sii keciq~ Mohon kita sama2 berdoa lah supaya negeri khususnya negara kita amnya, bebas macm ni taw

Anonymous
January 7, 2011 at 2:33 PM

odoiiii...sempat lg makan2 arr...xda prasan tul dua2 ni tau..ptt kaC mandul jak dua2 tu...grr!!

January 7, 2011 at 5:22 PM

@Ayie Mcvalyth aku kalau boleh nak sumpah dorang jadi binatang jak..binatang pun taw nak hargai zuriat dia..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...