Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Paul Mason Lelaki paling gemuk di dunia

Saturday, January 8, 2011 3 ,000,000 terlepas cakap
Salam Hujung-hujung minggu semua margastua..
Hari ni aku nak bawakan kepada anda sebuah kisah mengenai orang yang paling gemuk di dunia. Nama insan yang ini adalah Paul Mason. Paul Mason adalah manusia yang paling gemuk di dunia dengan berat badan telah mencapai 1000 paun.

Adalah dikhabarkan bahawa Paul Mason ini hendak menyaman Sistem kesihatan awam British (NHS) kerana kegagalan pihak tersebut menangani kegemukan yang dialaminya. Walaupun pihak tersebut telah menghantar beliau untuk bertemu dengan pakar gizi namun pihak tersebut masih menerima saman dek kerana pihak NHS gagal mengenalpasti masalah sebenar Mason sebagai masalah pemakanan.


Bekas posman tersebut, cuba meminta NHS membantunya dalam pemakanan, namun Mason hanya di beritahu seperti ini
"ride your bike more."
Menurut laporan, Mason, 50, terpaksa membelanjakan $3000 seminggu untuk membayar kos rawatan. Itu belum masuk lagi dengan kos-kos lain, seperti membayar pihak Penyelamat Awam (ala kalau kita BOMBA la tu) untuk memecahkan dindin rumahnya agar memudahkan jentera 'forklift' masuk dan membawanya keluar. (kesian juga sampai begitu sekali). kos rawatan semua sekali dianggarkan adalah $50,000 pada tahun 2009.


Dan kini beliau ingin membawa kes tersebut ke mahkamah.

Dalam sebuah wawancara mengenai kehidupan beliau, Mason cuba untuk membunuh diri sebanyak 3 kali kerana terlalu depress dengan berat badannya. Namun semuanya menemui kegagalan. Antara cubaan Mason adalah memakan ubat penahan sakit (painkiller) secara 'overdose'. Namun, cubaan membunuh dirinya gagal kerana berat badannya yang melampau. Lapor The Sun.


Namun, ironisnya (cewaaahh) walaupun Paul Mason gemuk, namun beliau telah menempah nama dan telah terkenal kini sebagai Lelaki Britain yang Paling Gemuk manakala pada Mei lepas beliau telah menjadi Lelaki Paling Gemuk Di Dunia.

3 comments

January 8, 2011 at 5:12 PM

ohmaigodddd ! punyaa laa gumuk . nmpak ka lagi pntat dia tuh ? hehehe . mcm mna la tu ar ? susa mau kasi kurus tu . tlebih dos . :P

January 8, 2011 at 8:17 PM

@Nana Liyana itu la bha jg..gila bha kan? hahaha

January 10, 2011 at 9:48 AM

oh..bukan lelaki pling gemuk d dunia dr india ka?rekod ni dcatat oleh buku World Book of Record...

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...