Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

20 Fakta mengenai Gajah yang perlu korang tahu

Saturday, January 8, 2011 12 ,000,000 terlepas cakap
Gajah merupakan mamalia yang terbesar di darat. Banyak perkara yang kita masih tidak tahu mengenai gajah ni. Jadi hari ni mari kita tambah sedikit-dikit ilmu mengenai haiwan ini. Sapa yang nak jadikan gajah ni sebagai 'pet' dia silakan lah. Hahah tapi dengan syarat korang kena rajin dan tahan dengan saiz najis dia hahahahahahaha JOM!!!


1. Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tak boleh melompat(tp kalau buat lawak sarkas tu pandailah kali)

2. Gajah mempunyai kadar dengupan nadi yang perlahan iaitu kira-kira 20-30 dengupan seminit (ada yang kata 27)

3. Seekor gajah boleh hidup sehingga usia 70 tahun tapi ada juga yang lebih dari itu

4. Gajah boleh belajar sehingga 60 jenis arahan yang berlainan

5. Gajah boleh minum sehingga 80 gelen air sehari, kira-kira bersamaan 302.832943 liter (kita nak minum 8 gelas pon dah mencungap haha)

6. Belalai gajah boleh menyimpan sehingga 2.5 gelen air pada satu masa bersamaan 9.46352946 liter (sapa boleh simpan air dalam mulut lama-lama?)


7. Pada tahun 1916 seekor gajah dibicarakan dan dihukum gantung atas kesalahan membunuh di Erwin, Tennessee (United State)(ahhahaha ada jg gajah kena hukum gantung)

8. Pada Perang Duni ke 2, bomb pertama yang dijatuhkan oleh tentera bersekutu ke atas Berlin telah membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin

9. Gajah adalah haiwan kebangsaan negara Thailand.

10. Gajah liar boleh makan sebanyak 100-1000 pound tumbuh-tumbuhan dalam sela masa 16 jam.(kuatnya makan..)

11. Gajah boleh mengeluarkan tahi sebanyak 80 pound dalam satu hari(naaa sapa tadi cakap mau jadikan gajah haiwan peliharaan)

12. Berat gigi gajah boleh mencapai sehingga 3kg

13. Hanya gajah, dolphin dan beberapa jenis monyet yang boleh mengecam muka mereka di dalam cermin

14. Gajah boleh berlari sehingga 24mph tapi pada jarak yang singkat (lepas tu cungap-cungap hahah)

15. Gajah hidup dalam kumpulan (kawanan) atau dalam bahasa Inggeris disebut herd yang hanya ada ibu dan anak-anak gajah sahaja

16. Bapa gajah akan meninggalkan kumpulan apabila usia mereka mencecah 12 tahun

17. Gajah tidur berdiri

18. Tapi ada juga anak gajah yang mampu tidur berbaring (mungkin sebab mereka belum tahu lagi mereka tu gajah.. hahaha)

19. Gajah menyejukkan badan dengan mengipas-ngipas telinganya. Perbuatan ini akan menyebabkan darah di bahagian telinga menjadi sejuk dan darah tersebut akan mengalir ke seluruh badan gajah dan menyejukkan gajah tersebut

20. Gajah boleh mengandung sehingga 2 tahun dan ini merupakan tempoh kandungan paling lama bagi haiwan di darat

12 comments

January 8, 2011 at 10:24 AM

Alaa aku baru pikir2 nak bela gajah.. aih tak jadilah..

January 8, 2011 at 10:31 AM

@FarhaNezam tak payah la ko bela gajah..ko dah ada gajah sendiri hahahah

January 8, 2011 at 10:42 AM

gajah boleh berlari....
gmbr baby pakai baju gajah tu kiut..

January 8, 2011 at 11:03 AM

Uish di mana la bha mo letak ni gajah kalau kita bela dia... Katilku pon nda muat ni mo kasi dia tidur.. HAHA

January 8, 2011 at 11:30 AM

HAHAHA tu gajah lain wehh..

January 8, 2011 at 12:02 PM

@dyghahaha nnt ko dapat baby ko pakaikan dia tu..

@n0n0i♥a'n'l hahaha ko buat lah kandang besar sebelah katil ko..tak pun ko tido dgn gajah tu dalam kandang sama2 hahaha


@FarhaNezam hahaha ko faham juga kan maksud aku hehehe P&P tercapai,,

January 8, 2011 at 3:53 PM

hehehe... gajah lagi comel dalam kartun.. ngee~

January 8, 2011 at 3:53 PM

gajah kat gambar ni comel..hehe...

thanz dtg kat blog sy...da follow awk pun =)

January 8, 2011 at 8:18 PM

@Zulkifly Omar katun apa tu zul? heheh

@ZCIK CIRA aku dah follow awak taw hehehe

January 10, 2011 at 9:45 AM

Satu lg..Borneo Pygmy Elephant adalah gajah terkecil d dunia yg hanya terdapat d Borneo trutamanya d hutan2 simpanan Sabah d Lembah Danum n Maliau Basin...Hny tgal bbrapa ekor sja lagi spesis gajah ni bleh d temui d hutan liar..yg lain2 tu dorg da ambil utk d simpan d zoo2 stiap dunia..tp yg original liar tgal bbrapa ekor jak lagi dn hanya dtemui d negeri kita = SABAH! Proud to be SaBAHAN!!

January 10, 2011 at 9:46 AM

utk simpanan zoo2 d *SELURUH dunia..hehe..sori2, salah taip...setiap dunia plakk..haiissyyy..heheh

January 10, 2011 at 6:25 PM

@Finie Ramos hahaha aku pun bangga jadi sabahan bha finie hehehe

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...