Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Pengkid, Kamu masih boleh kembali

Thursday, January 13, 2011 7 ,000,000 terlepas cakap
Hallo semua warga mergastua sekalian alam..
Aku sejak dua menjak ni tak penah pula ajak korang bincang-bincang lagi kan. Mari kita sembang-sembang malam ni. Topik dia ikut tajuk entry aku tu. OK kalau korang nak teruskan membaca, korang boleh teruskan kalau tak mau hehehe korang boleh baca lain-lain kisah dalam blog aku ni. JOM mari kita mulakan hehehe


kita mula kan dengan definisi dulu. Kalau korang lah kan apa tu pengkid? Apa apakah Pengkid itu sama dengan "tomoy" "tomboy" ker sama dengan " lesbian"? mari kita rungkaikan misteri ini bersama.

kalau aku hambik wikipedia, dia bagi aku yang ni,
Pengkid ialah 'tomboy' atau lesbian ,merupakan gaya penampilan perempuan yang maskulin dan kadangkala berorientasi homoseksual.Penampilan mereka termasuk gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, di mana kesemua ciri-ciri ini sering dikaitkan dengan lesbianisme. Golongan ini menonjolkan identiti gender dan seksualiti yang sering dilaporkan sebagai naluri semulajadi mereka.
Tapi bagi aku lah kan, aku lah kan tiga golongan ni boleh aku simpulkan mcm ni

Pengkid ialah:
Perempuan yang berwatakan, berpenampilan, dan bergaya persis, sama, sebujik, hampir-hampir seperti lelaki. Pengkid suka perempuan yang cantik. Sama seperti naluri lelaki terhadap perempuan. Tapi Naluri ini lebih kepada nafsu seorang lelaki kepada seorang pompuan, kalau setakat suka suki kawan-kawan bukan la tu pengkid. Biasanya pengkid ni lebih memainkan peranan sebagai 'lelaki' dalam hubungan songsang mereka.CEH


Tomboy ialah:
Perempuan yg berwatakan agak kasar seperti lelaki. Ada yang berpenampilan seperti lelaki, ada yang tak. Naluri dan nafsu mereka masih terhadap lelaki. Yup yang ni masih kira pompuan sebab tak bertentangan dengan naluri seorang wanita melayu dan ayu-ayu. Tapi bab pakaian tu, pakai lah pakaian pompuan cantek apa, kiut juga tu..


Lesbian ialah
:Perempuan yang suka kaum sejenis. Pengkid termasuk dalam kategori lesbian. Tapi ada juga perempuan yang luarannya nampak normal. Tapi naluri dia lebih kepada kaum dia sendiri. Yang kes macam ni memang mengundang nahas api neraka lah. Kat luar nampak elok steady ayu dan kiut tapi rupa-rupanya..aku selalu dengar kawan-kawan aku cerita kes macm ni berlaku dengan kawan dorang..


Ok sudah pandaikan bezakan pengkid dan tomboy. Mari kita pegi bab seterusnya iaitu mengapa dorang boleh terjebak dalam dunia pengkidisme ini.

Alasan utama dan paling popular dikalangan Pengkid dan Lesbian ialah :
1. kecewa sampai menonggeng dengan kaum lelaki ni. (aiseymen! trasa pla aku)
2. Secara semula jadi dan sejak azali telah dianugerahkan dengan nafsu dan naluri suka dengan kaum sejenis.
3. Suka kepada pompuan itu sebab kaum sendiri lebih memahami perasaan kaum sendiri.


aku nak sentuh alasan yagn paling tip top tu...
Sebagai seorang lelaki yang bukan pujaan ramai, aku mengaku ada kaum lelaki ni berperangai dajal sikit tapi boleh bilang dengan jari lah. Namun hakikatnya, Masih ramai yang baik, beriman dan bersopan santun. Tak pecaya pegi WSB. Kalau pun korang (pengkid dan lesbian) dikecewakan oleh kaum lelaki, janganlah sampai mengambil langkah menghalalkan hubungan songsang songsing tu. Tapi hakikatnya bila kita cuba becakap tentang isu ni, dorang kompom akan jawab balik macam ni.
"Kau tak dilahirkan dengan nafsu macam ni, ko mana faham perasaan aku.!!".
Jadi mari kita rungkaikan pula, perkaitanan genetik dalam isu ni.

Berdasarkan bacaan dan pengetahuan aku yang cukup-cukup makan ni, setakat ini belum ada kajian Sains yang dapat membuktikan sepenuhnya bahawa gejala ini disebabkan oleh genetik atau terjadi secara semula jadi semasa lahir. Satu kajian yang paling hampir pun mengenai perkara ini ialah satu kajian mengenai otak lelaki ‘gay’. Kajian ini mengatakan bahawa satu bahagian dalam hypothalamus lelaki gay lebih kecil daripada lelaki biasa. Namun kajian ini tidak dapat menentukan sama ada perkara ini berlaku sejak lahir atau terbentuk perlahan-lahan sepanjang hidup lelaki gay.

Namun, ada juga aku terbaca berkenaan satu artikel mengenai satu kajian tak tau betul ka atau tidak, terdapat kajian mengatakan gejala perempuan menyerupai lelaki disebabkan oleh ‘genetic disorder’ cthnya CAH(congenital adrenal hyperplasia) yang disebabkan oleh mutasi genes. CAH dikategorikan sebagai salah satu autosamal recessive disease.
girl with CAH a genetic condition characterized by overproduction of prenatal androgen have shown increased aggresivity & interest of male-typical activities’ Berenbaum 1999
selain tu, terdapat beberapa kajian yang telah dan sedang dijalankan, cthnya Ellis & Cole-2001 mengatakan
‘prenatal nicotine expose was associated with lesbianism in females’.
Jadi pada pendapat semua pembaca mergastua, boleh ka kita katakan bahawa golongan pengkid dan lesbian ni disebabkan oleh mutasi dan tak keseimbangan hormon? Fikir-fikirkan...(sambil mengurut-ngurut dagu)

Tidak kira PengKid, lesbian, gay atau lelaki lembut, mereka sebenarnya ada pilihan. Banyak kajian Sains dan kajian Psikologi yang membuktikan perkara ini. Mereka boleh pilih untuk tidak bertindak dengan apa yang mereka rasa. Malah pakar psikologi mengatakan bahawa tabiat atau gejala ini sebenarya boleh dihentikan jika mereka memilih untuk melakukan begitu. Aku sejujurnya tidak mahu wujudnya golongan seperti ini, namun aku juga menerima hakikat bahawa golonga ini telah lama wujud dan tak penah basi pun isu ni sejak zaman berzaman.

Daripada sudut agama pula, seperti kita semua tahu, mempunyai niat untuk melakukan sesuatu yang salah itu tidak berdosa. Namun jika kita bertindak ke atas niat itu, itu yang menyebabkan dosa. Ustaz Razali, pengarah bahagian penyelidikan JAKIM yang menerangkan kepada kami bahawa Majlis Fatwa Malaysia telah mengumumkan bahawa gejala PengKid ini ialah sesuatu yang jelas HARAM.

Daripada Ibn Abbas, Nabi saw bersabda bermaksud: “Allah melaknat golongan perempuan yg menyerupai lelaki, dan lelaki yg menyerupai perempuan”. (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmizi, Ibn Majah, & Ahmad)
Agak menarik juga apabila saya baca mengenai satu kajian barat yang mengatakan bahawa, salah satu faktor mengapa gejala sebegini boleh berlaku ialah kurangnya didikan agama di rumah. Ibu-ibu dan bapa-bapa apa kata korang?


Hadirin dan hadirat sekalian,

Oleh yang demikian, kita sebagai masyarakat yang rasanya cukup bertamadun dan cukup didikan sebab dah pandai berfacebook, kita tak boleh nak terus menerus menyalah golongan pengkid ini atas kesilapan mereka memilih jalan hidup. Apa kata kita berikan mereka ruang untuk kita dekati mereka, selami kehidupan mereka dan seterusnya perbetulakan hidup mereka. (jangan hanya pandai nak beri komen di dinding FaceBook orang jak). Ibu bapa pula, mainkan lah peranan sebagai ibu bapa, jangan sampai terlepas pandang anak-anak tu. Tengoklah dorang, jangan asyik bekejaran dengan dunia. Kejar dunia sampai terkeluar anak tekak pun takkan terkejar punya, KOMPOM aku jamin.

Bagi yang pengkid dan lesbian tu, korang ada pilihan untuk kembali, masih ada msyarakat yang akan memberi peluang kepada korang sekiranya korang kembali. Kalau korang rasa cinta lelaki adalah puncanya, cari lah cinta ilahi, kerana cinta kepada Tuhan itu adalah abadi dan suci. OK lah aku tutup sembang-sembang ini dengan satu luahan rasa seorang pengkid yang membuat aku terlopong, hati aku terkedu dalam 3000 saat..
Ada hikmah mengapa Tuhan mencipta makhluk seperti kami. Kami adalah petanda dunia sudah hampir kiamat. Kami peringatan untuk manusia lain beringat-ingat. Kami bukan ingin dibelenggu dosa. Satu hari kelak Allah akan memberi hidayah dan kami akan terima dengan hati terbuka.


Mari kita doakan agar mereka ini menerima hidayah dan kembali..amin

aku kata : Gambar hanya hiasan dinding, tiada kaitan sama ada yang da pegi dan yang masi stay..


7 comments

January 14, 2011 at 10:03 AM

Golongan pengkid n gay ni suda ada sjak zaman2 nabi ni..jd, mrka bukan la tsenarai dlm tanda2 kiamat yg sbnar..(eh, pause dlu...'Ekstrak Pokok Kaduk Boleh Kawal Obesiti'???hehehe)

sy pnh p interview pengkid2 ni..dorg ckp xbest 'main' dgn lelaki sb lelaki cpt main cpt 'siap'..ppuan pny 'trep' pjg dn lama...huh?!HAHAHAH...

January 14, 2011 at 1:58 PM

@Finie Ramos hahaha ya ker? aku dulu kawan ramai yg tomboy jak, kalau yang pengkid ni tak penah jumpa lagi..

January 14, 2011 at 10:15 PM

totally agree with the statement ^^
we should have given them the chance to return to their roots instead of keeping in judging them...

January 14, 2011 at 11:43 PM

@Akemi Siegel yup..we need give them a chance and space to come back on the rite track..

Anonymous
June 4, 2012 at 3:44 PM

hah!camna plak dengan seorang pengkid yang dirogl dalam keadaan dimandrom(pukau-tak-sedar-dikenakan pil khayal)oleh abang ipar yang tua bangka yang di waktu dia masih dibawah umur,dan peristiwa hitam itu menyebabkan dia jadi pengkid?apa tindakannya yang selanjutnya yang patut dibuat,setelah mauah dicabul dan dicop 'sendiri gatal',bukankah sepatutnya dia menuntut bela maruahnya dan tak sepatutnya difitnah sebagai 'gatal' sedangkan dia sendiri disihir oleh lelaki yg cabul maruahnya...sedangkan mengikut hukum islam perbuatan abang iparnya itu di kategorikan sebagai kufur dan kelakuan melibatkan jenayah rogol?

Anonymous
June 4, 2012 at 3:50 PM

mungkinkah itu menyebabkan trauma?atau anti lelaki?

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...