Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Keputusan Peperiksaan SK Kampung Pecah.

Thursday, January 13, 2011 9 ,000,000 terlepas cakap
Salamz allz..
Hari ni penat sangat sampai lenguh-lenguh kaki, tangan jiwa dan raga ku. Pensyarah aku naik gila pegi buat dua kelas dalam sehari. FUH gila penat. Sebelah pagi main Hoki, ala yang macam golf tu. Sebelah petang pula main badminton. Penat sampai rasa macam mau tampar orang jak. Tapi aku steady jak, kool la katakan.

Main hoki dan badminton ni bukanlah susah sangat kalau dah 'fit'. Memandangkan aku dah bersara dari arena joging moging ni maka dengan ini aku isytiharkan berat badan dan saiz bulatan perut aku bertambah. Kalau dulu, bukan nak kata ku cakap besar lah tapi aku memang mampu berlari dari Kota kinabalu sampai Kota Paris tanpa henti. Ye la dah memang acara aku dari sekolah lari pusing-pusing trek bejuta-juta kali sampai loceng berbunyi menandakan pusingan terakhir. Lepas dah gila belari baru nak bunyikan loceng CIS!.

Tapi sekarang ni, semenjak aku mengenali blogwalking, cara mudah untuk kekal 'cergas' tanpa perlu berpeluh sampai setangki. Hanya perlu gerakkan alat senaman yang dikenali sebagai 'mouse' dan jari jemari yang halus ini di mainkan di atas butang-butang yang tersusun rapi dan kemas. Tapi korang jangan ikut cara ni, sebab perut korang boleh 'mengandung', mata korang perlu memakai mini mikroskop lepas tu korang akan menjadi tetamu tetap ke hospital berdekatan dek pakej penyakit yang boleh korang hidapi. Aku mau kembali fit lah lepas ni, aku mau rajin joging moging balik. 'Zura' mari kita joging macam kita muda-muda dulu heheh. Ada yang mau JOIN aku ka? Finie ko mau ikut ka? Szan daripada lu duduk rumah tak buat apa-apa baik lu ikut gua pegi pusing ni Kampung Pecah. Ajak sekali dorang yang ada kat Dewan WSB sana tu asyik mesyuarat takda kata putus juga.

Ok memandangkan kelmarin keputusan peperiksaan semester lepas dah dikeluarkan oleh SK Kampung Pecah. Maka aku dengan ini mengumumkan bahawa keputusan aku bagi peperiksaan SK Kampung Pecah untuk semester lepas adalah seperti berikut. Peperikasaan yang aku ambil adalah dalam bidang perdukunan sedunia level tinggi. Ini adalah subek-subjek dalam bidang perdukunan yang aku ambik.

1. EDU3105 : B
2. PJM3110 : A
3. PJM3111 : A
4. WAJ3110 : B+
5. WAJ3111 : A
6. PKE3104 : A
7. BMM3117 : B+
Purata Mata Grade :3.71
Purata Mata Grade Terkumpul : 3.72

Begitu Keputusan aku yang diumukan oleh Guru Besar SK. Kampung Pecah iaitu Puan Freakystar. Dahulunya dia ni bomoh siam yang penah buat kacau di kedai Lina ramsah. Selepas dia dihukum buat keja kebaikan, dia pun diminta untuk jadi Guru Besar memandangkan dia memang cendekiawan tahap profesur ameratus. Jadi TAHNIAH la yer.

Dato Farid, cakap keputusan aku tu dah ok boleh dapat Anugerah TerBaik Penduduk Kampung Pecah, tapi dia ni wakil rakyat yang lokek sebab tak mau pun tolong bagi biasiswa. Tengoklah si Szan tu, kutu lepak dalam rumah jak. Kesian kat kau szan.

Apa pun itulah keputusan aku untuk semester lepas. Aku taw keputusan aku tu teruk sikit sebab untuk empat semester berturut-turut keputusan aku tak penah berganjak. CIS ko tido ka tak mau bangun2!! (kata ku kepada diri ku sendiri). Cukuplah aku merepek di sini. Tapi secara kesimpulannya, Aku sangat-sangat BERSYUKUR dengan rezeki yang ALLAH berikan untuk aku dan aku sujud SYUKUR di hadapan MU, Rabb ku...


9 comments

January 13, 2011 at 7:08 PM

Uinaaa.....Budak pandai...Gudluck ya...:) Beljr baik² ya...:D

January 13, 2011 at 7:49 PM

huyyoo..
tahniah bro

January 13, 2011 at 8:04 PM

aiksss..bakal cigu pj baini
agagagaga...
mantap la rsult ko
sy tunduk ni limpas dpan ko
huh~

January 13, 2011 at 8:04 PM

@Zurina J. eheheh mana la aku pandai la..ok2 aku belajar bagus2..menurut perintah ni..

@sampah hitam thanx bro..hehehe

January 13, 2011 at 8:06 PM

@~NieZa~ eh cakap urang bakal cikgu..ko pun sama kan..heheh

January 13, 2011 at 9:22 PM

Peh!! sekolah juga rupanya dukun ni.

January 13, 2011 at 9:37 PM

fuh budak pintar ni urang!!

January 13, 2011 at 10:49 PM

@Szan Dukun nak tambah ilmu di dada..hahaha

@FarhaNezam hahaha kebetulan jak tu manda pandai owh..besa2 jak..

Anonymous
January 14, 2011 at 11:01 PM

tahniah.. p lahh jogng

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...