Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Penyakit Hati

Sunday, January 16, 2011 1 ,000,000 terlepas cakap
Pagi yang cerah hari ni, aku mulakan hari ini dengan rasa hati yang sakit sekali. Beberapa hari ni aku menyimpan rasa geram dan marah aku. Kalau ikutkan marah aku dah lama aku sepak terajang. Tapi memandangkan aku ni bersikap diam dan bersabar kerana aku berpegang pada "orang yang menaham marah adalah orang yang paling kuat" yaa itu lah aku. (padahal badan aku kecik jak tu lah diam2 hahaha). Aku pun jenis yang tak suka gores dan menang hati dan perasaan orang lain bila aku mula bersuara menegur. Tapi baik ka bersikap seperti itu?

Sesekali berkeras lebih baik,
daripada berlembut hidung dicucuk.

Sesekal menentang lebih baik,
daripada tunduk sampai terhantuk.

Sesekali celupar lebih baik,
daripada bersopan dihina dikutuk.

Sesekali kurang ajar lebih baik,
daripada patuh mengikut telunjuk.

Sesekali mencelah lebih baik,
daripada memuji belakang mengutuk.

Sesekali menjatuhkan lebih baik,
daripada diselamatkan sesudah busuk.

Sesekali berjauhan lebih baik,
daripada berdekatan barbau busuk.

Sesekali berpisah lebih baik,
daripada bersatu meninggalkan parut.

Sajak ini, ditulis oleh seseorang, aku lupa dah sapa nama dia. Tapi sajak ni dah lama aku pegang dari aku tingkatan 2 lagi. Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Apa pun aku lebih suka hidup dalam kasih dan sayang kerana kita semua (tak kira apa bangsa pun) lahir dari rahim (kasih sayang/penyayang).

Ok cukup dulu..aku mau siapkan keja kejap..ada sesiapa yang nak tolong aku? tolong teman pun tak pa hahaha..Korang enjoy hari minggu korang dgn terus membaca blog aku hehehe..OH ya kalau ada sesiapa nak aku follow blog dia, tinggalkan saja link blog korang di kotak komen aku yang semat tu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

1 comment

January 16, 2011 at 9:52 PM

bagus sajak ni..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...