Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

siapa kata bermadu tu best

Saturday, January 8, 2011 3 ,000,000 terlepas cakap
JITRA: Seorang suri rumah cedera parah di bahagian kepala, muka dan tangan akibat ditetak dengan parang oleh madunya di Kampung Baru, Sungai Korok dekat sini, hari ini.

Kejadian pada kira-kira jam 10 pagi itu dipercayai berpunca dari perasaan cemburu antara kedua-dua wanita tersebut yang tinggal sebumbung sejak dua minggu lalu.
Wanita berumur 54 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan keadaannya dilaporkan stabil manakala madunya yang berumur 27 tahun dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian itu. Anak perempuan mangsa yang berumur 17 tahun turut cedera di kaki akibat terpijak parang yang digunakan dalam serangan itu dan kini dirawat di Hospital Jitra.

Mangsa mempunyai enam orang anak manakala madunya mempunyai seorang anak lelaki berumur lapan bulan.

Suami kedua-dua wanita itu yang berumur 54 tahun dan bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat swasta di Jitra dan ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemu bual.

Difahamkan, sebelum ini, madu wanita itu tinggal di rumah sewa di Kuala Nerang dan pindah ke rumah mangsa kira-kira dua minggu lalu kerana dikatakan suami mereka tidak mampu membayar sewa. Sementara itu, seorang daripada jiran mangsa yang dikenali sebagai Nang Yah ketika ditemui pemberita berkata, ketika kejadian dia berada di luar rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi bising dan teriakan meminta tolong dari rumah jirannya itu yang terletak kira-kira lima meter dari rumahnya.

"Mak Cik dengar suara orang bising-bising dan minta tolong...Mak Cik jadi takut lalu meminta bantuan jiran lain untuk melihat apa yang berlaku di rumah mangsa.

"Kemudian mak cik nampak mangsa mengengsot keluar dari rumah sambil merayu minta tolong dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Kepalanya penuh dengan darah," katanya.

Seorang lagi jiran mangsa berkata, beliau dan beberapa jiran lain telah membantu membawa mangsa ke Hospital Jitra.

"Bila sampai di rumah mangsa, mendapati mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan lemah...saya dan rakan segera bawa mangsa ke hospital bagi mengelak mangsa kehilangan banyak darah," kata lelaki berumur 32 tahun itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian ini pada 4.20 petang.

Polis sedang menyiasat kejadian itu, katanya. - BERNAMA

dikisahkan di : bharian
aku kata : Tak nak lah bermadu kalau mcm ni..

3 comments

January 10, 2011 at 9:56 AM

huh~tu la..xpkai doa pelembut hati spy madu2 ni xbetelagah..hihihih (cheh!adakaa..mmbagi idea lg c finie ni spy support poligami!)

January 10, 2011 at 6:18 PM

@Finie Ramos erk..jaga finie hehehe..nnt cik abg nnt mencari 'teman' utk finie naaaa..hehhehe

January 11, 2011 at 8:45 AM

haha..klu dia carikn aku teman, aku p tetak kepala dia~HAHAHH

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...