Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Blog membuat aku penasaran

Sunday, December 12, 2010 2 ,000,000 terlepas cakap
Aku beberapa hari ini telah di hantui oleh satu penyakit yang disebut sebagai "merang perapu kepunden merang sekeyper". Eh! macam penah dengar jer nama tu kan? hahah.. Penyakit ini merupakan penyakit "Gila berblog". Ohhhh yer la, perasan tak, kalau mereka yang sering datang ke blog aku ni, mesti perasan bahawa kadang-kadang aku post sampai beberapa post untuk sehari ja. Selain itu, kaki aku ni gatal sangat sampai melampau rajin untuk buat blogwalking. Sememangnya aku betul-betul menghidapi penyakit ini. Adeii apa mau jadi lah.

Aku juga telah membuat eksperimen dan analisis terhadap perubahan hormon dan metabolisme dalam tubuh aku bagi mengesan simptom-simptom penyakit ini. Berikut merupakan hasil dapatan daripada eksperimen dan analisis aku terhadap diri sendiri.

1. Punggung ter"gam"
Eh! apa kena mengena berblog dengan punggung pla ni. ISH 18sx tu. Hehehe takdak lah, macam yang aku katakan aku menghabiskan masa berblog bukan setakat sejam dua tapi boleh mengambil sebahagian besar hidup aku hari tu. Selagi mak aku belum datang dengan penyapu, selagi kawan aku belum heret aku ke padang bola, selagi kakak aku belum tempeleng aku sedas dua selagi itu juga lah aku akan gam punggung aku menghadap laptop.

2. Tidur yang tidak ketentuan
Percaya atau tidak sekarang ini tidur aku semakin tidak mengikut jaduan tidur yang ditetapkan (Nasib baik cuti). Biasa aku akan tidur mengikut jadual. Biasanya kalau malam aku akan tidur paling lewat ialah pukul 11 P.M dan akan bangun pada 5.00 A.M, kemudian akan tidur semula pada pukul 10 A.M-12 P.M, kemudian sambung tidur pada 2-3 P.M. Nah sekarang ni aku tidur malam start pukul 2 A.M smpai pukul 5.30 A.M, (nasib subuh aku tak terlepas) lepas da bangun aku takkan dapat tidur lagi. Aku hanya akan mengadap laptop dan akan buat blogwalking. Jadi kepada sesiapa yang nak di lawati blog dia, tinggalkan jejak dan komen anda.

3. Masalah Perkumuhan.
Hah? Perkumuhan pun ada kaitan juga ka? huh perasan tak bagi blogger yang dah rasa gian, siok, best atau apa-apa jak yang berkaitan akan merasa berat hati untuk tinggalkan lappy untuk ke toilet walaupun hanya sekadar untuk buang hajat besar atau kecik. Korang pun ada yang macam ni juga ka?

4. Tidur tak lena, hati tak tenteram, otak asyik berjalan.
Weish..apa kes pla sampai jadinya macam tu? biasanya aku bila dah tinggalkan lappy asyik teringatkan blog jer. "ok ker dia", "ada ker juga orang lawat dia", "selamat ker dia". Sememangnya aku da tahap kritikal. Tiap masa dan ketika aku akan berfikir saja untuk mencari idea bagi post-post yang akan datang. Sampaikan tengah nak tido atau nak mandi akan fikir juga nak cari idea kecuali buang hajat lah, aku tak suka berfikir cari idea masa tu. Hahahah..

5. Sanggup meminjam
Aku rela untuk meminjam duit dari sesiapa saja semata-mata untuk bayar bil Berokband aku ni. Hahaha, sebab utama ialah aku tak mahu terputus hubungan dengan blogger dan rakan-rakan blogger yang lain. Hehehe aku sayang korang taw.

Namun apa pun kan, Berblog telah membuatkan aku mengenali ramai kawan-kawan baru dan aku mendapat banyak input-input yang berguna, informasi yang terkini yang pastinya ramai lagi orang yang tak tahu. Oklah kalau korang rasa blog aku ni masih memerlukan lagi penambahbaikan, tak perlu malu anda boleh komen saja. Korang nak maki ker, kutuk ker, puji ker, apa saja yang korang nak, boleh saja aku terima ok? heheh jangan lupa baca yang lain juga yer heheh..

2 comments

December 12, 2010 at 12:17 PM

sah dah gila berblog hahaha

December 13, 2010 at 12:16 PM

hahaha gila yg sikit2 saja bha tu hahaha

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...