Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Dua bulan jadi lelaki

Wednesday, December 15, 2010 2 ,000,000 terlepas cakap
JEDDAH: Seorang wanita Saudi berusia 20-an ditahan kerana melarikan diri daripada suaminya di Al-Qunfudha dan tinggal selama dua bulan dengan menyamar sebagai lelaki, bergaul dengan lelaki, memandu kereta serta bersolat bersama jemaah lelaki di masjid.

Wanita itu kini ditahan di penjara kerana dakwaan melarikan diri daripada suaminya, mencuri 5,000 riyal (RM4,172) daripada akaun suaminya dengan menggunakan kad mesin teler automatik (ATM) milik lelaki terbabit. Dia turut ke pejabat bimbingan Islam di Jeddah dengan menyamar sebagai lelaki warga Emiriyah yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri kerana mendakwa lari daripada ancaman bunuh keluarganya akibat perbezaan ideologi. Kakitangan pejabat itu yang bersimpati dengan ceritanya berjanji untuk membantu wanita itu.

Wanita itu yang menyamar sebagai lelaki warga Emiriyah kemudian tinggal bersama sebuah keluarga yang terdiri daripada empat lelaki di Jeddah. Dia tinggal bersama mereka selama dua bulan dan menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki, malah dia turut memandu kereta dan bersolat bersama jemaah lelaki di masjid. - Agensi

P/S : pelik betul dunia sekarang ni..hahah

2 comments

Anonymous
December 15, 2010 at 6:31 AM

hoho.. dunia sekarang makin pelik .. ^_^

December 15, 2010 at 6:43 AM

@Zara Affendi
betul2..dunia dah nak 'tutup kedai' mcm tu lah...

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...