Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Nasib KSSR Pendidikan Seks 2011

Friday, December 3, 2010 4 ,000,000 terlepas cakap
Beberapa hari ni sibuk di mana-mana orang membincagkan tentang Pendidikan Seks. Aku masuk FB cerita Pendidikan Seks, Aku masuk Forum cerita Pendidikan Seks, lepak rumah kawan pun cerita Pendidikan Seks. Kesimpulan yang aku dapat pendidikan seks ini benar-benar membawa satu revolusi kepada sistem pendidikan negara. Namun, kesimpulan yang aku dapat juga, semua yang komen tentang pendidikan seks adalah B.A.D @ N.E.G.A.T.I.F dengan beralasan bahawa murid tahun 1 yang berumur 7 tahun tidak cukup umur lagi untuk mempelajari Pendidikan Seks.



Hurm..
Nak buat macam mana kan? dah pemikiran masyarakat yang terlalu tertutup dan berahsia. Yer la masyarakat kita ni kan penuh dengan adat kesopanan dan ketatasusilaan yang tinnnnnggggii melangit (kononnya lah)sehinggakan pendidikan seks ini tidak wajar untuk dipelajari oleh kanak-kanak aka budak-budak. Namun hakikatnya yang menjadi pelakon aksi 3gp dan aksi P***O yang lain orang kita juga, yang sering kekurangan kain nak buat baju, yang terdedah aurat, nampak pusat, nampak parit semua pun orang kita juga. Ini kah yang di katakan sebagai bangsa yagn bersopan dan bertatasusila. Tetapi tak semua macam tu, ada juga yg OK dan Best mengikut garis dan lunas agama dan bangsa. Sememangnya memalukan sekiranya kita sendiri yang tidak cuba untuk membuka minda kita.

Pendidikan Seks seperti TABU atau SIAL untuk dipelajari oleh kanak-kanak seawal usia. Pendidikan seks hanya boleh dibicarakan oleh mereka yang dah berkahwin.
Bagaimanapun, masyarakat lupa seks adalah sesuatu yang suci, malah Islam mempunyai peraturan mengenai perkara itu, cuma ia tidak boleh disalahgunakan untuk kepentingan nafsu semata-mata. Aku nak tanya pakcik-pakcik dan makcik-makcik, atau mereka yang masih lagi BANGANG menganggap pendidikan seks ini adalah jijik, sila jawab persoalan ini. Mana lebih baik, sama ada seks dibicarakan secara terbuka dalam suasana ilmiah atau membiarkan pelajar mencarinya melalui Internet yang kesannya lebih berbahaya? Jadi apa jawapan anda semua wahai masyarakat ku?

"Soal seks dalam masyarakat kita terlalu tertutup, menyebabkan golongan yang ingin memperoleh maklumat sering kali dipandang serong. Mereka lupa, pertanyaan dan pendedahan itu satu proses pembelajaran sepanjang hayat. Apa yang menjadikannya jijik dan kotor adalah istilah semata-mata. Jangan kita sempitkan minda kerana itu cabang ilmu yang perlu dipelajari. Justeru, masyarakat perlu mengubah mentaliti mengenai seks bagi mengelak ia menghalang proses pembelajaran," Pegawai Psikologi Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam, Selangor, Sulaiman Selamat.
kesannya Remaja seperti aku ni terperangkap dalam stigma masyarakat aku sendiri.

Aku dan rakan-rakan aku dulu pun seperti masyarakat aku juga terperangkap dengan stigma masyarakat yang menganggap pendidikan seks itu menjijikkan dan hanya sesuai untuk mereka yang dah nak kawen. Namun setelah memperlajari Pendidikan Seks itu sendiri baru lah aku faham bahawa pendidikan seks itu perspekif dia luas, sukatannya langsung tidak menyentuh aksi-aksi 3gp dan memberikan banyak input yang menarik. Pendidikan seks disalah anggap kerana istilanya yang kurang enak di dengar. (kita belajar dulu jangan main komplen saja.)

Menerusi pendidikan seks ini sebanyak enam tunjang disenaraikan sebagai teras pengisian kurikulum yang mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya. Kesemua enam aspek ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun Satu hingga Enam. Dalam keenam-enam tunjang tersebut, ada tak yang di katakan Kemahiran seks?? tiada bukan? jadi kenapa perlu takut? Kami telah mempelajari tunjang-tunjang tersebut namun dalam tajuk yang berlainan namun pengisiannya tetap sama.

Adakah agama Islam menghalang Pendidikan Seks ini? ketepikan pegangangan dan fahaman politik kita. Islam merupakan agama suci yang mencakupi kesemua aspek kehidupan manusia termasuklah Pendidikan Seks itu sendiri.
-Dilihat secara menyeluruh kerana pelaksanaannya mahukan sebuah sistem kehidupan insan yang harmoni dan sejahtera.

-Mengelakkan salah faham yang boleh mengganggu akibat salah guna maklumat yang diperoleh.

-Mementingkan keselamatan dan kesejahteraan umat dalam pelaksanaan pendidikan seks.

-Mengikut rangka matlamat syariat - menjaga agama, maruah dan keturunan agar pelaksanaannya mencapai objektif diharapkan.
Pada asasnya Pendidikan Seks kanak-kanak telah bermula seusia 10 tahun lagi apabila Islam mengarahkan anak-anak di pisahkan tempat tidur lelaki dan perempuan. Pada dasarnya, pendidikan seks yang perlu diajar kepada anak meliputi beberapa peringkat mengikut tahap umur mereka. Peringkat pertama ialah tamyiz atau mumaiyiz (usia 7-10 tahun), murahaqah (usia 10-14 tahun) dan baligh (usia 14-16 tahun). Korang boleh tanya Pakcik Google dan Makcik Yahoo, carilah kat mana-mana pembentangan kertas kerja berkenaan pendidikan seks dalam Islam. carilah di mana-mana buku, jurnal, pembentangan kertas kerja, artikel dan sebagainya janganlah asyik-asyik nak buka bahan-bahan yang melalaikan macam gosip artis, mengumpat orang tu di FB, tengok video atau gambar yang bukan-bukan.

Para pendidik harus sudah biasa dengan istilah penyerapan, penggabungjalinan dan integrasi dalam P&P. Sekiranya masyarakat masih menganggap bahawa pendidikan seks ini hanya berdiri sendiri dan tiada kaitan dengan agama. anda silap. Dalam P&P, tiada mata pelajaran yang mampu untuk berdiri sendiri, mata pelajaran itu perlu di integrasikan, digabungjalinkan dan diserapkan dengan mata pelajaran lain. Jadi mata pelajaran pendidikan seks ini tidak lari daripada hal ini. Ia boleh digabungjalinkan dengan pendidikan Islam, Moral dan PSK. Jadi tiada alasn bahawa mata pelajaran Seks ini tidak boleh dijalinkan dengan Mata pelajaran lain. (tapi ABM, BBM dan BBB kena lah tip top heheh)

Aku bukanlah orang yang layak untuk bersuara tentang hal ini. Namun aku cuma kecewa terhadap pemikiran masyarakat kita. Nak kata maju masih juga berfikiran tertutup. Sangat mengecewakan apabila kita hanya mampu untuk komplen dan komplen, tidak setujulah, kerajaan bodoh lah, apa lah..etc. Namun, pernahkah kita sendiri cuba untuk menyelesaikan masalah sosial dalam kampung kita sendiri? masalah sosial ahli keluarga kita sendiri? dah lah bagi komen yang bukan-bukan dah tu langsung tiada point dan fakta hanya tahu nak cakap cadangan kementerian menjahanamkan generasi bangsa. Halloooo mana ada kerajaan aka kementerian di dunia ini nak jahanamkan generasi masa depan dia??

Sesungguhnya cadangan ini bukanlah yang terbaik, masih ada kelemahannya, sama ada dari segi pelaksanaan dan sistem. Daripada kita komplen-komplen apa kata kita sama-sama menjayakan cadangan ini, sebarang kelemahan kita tutup sama-sama. Barulah harmoni masyarakat Malaysia. kan? lagi satu, ibu bapa perlu siap siaga untuk lebih prihatin kepada anak-anak kerana kegagalan institusi kekeluargaan bermakna kegagalan istitusi pendidikan kita. Kegagalan institusi pendidikan pula akan menyebabkan kerajaan depan akan hancur. Jadi segalanya bermula dari keluarga, jaga lah keluarga dengan bijak. Semakin hari semakin sayang.

cukuplah aku merepek, apa yang pasti cadangan ini pasti akan memberatkan lagi beg sekolah budak-budak tahun 1 dengan ditambah lagi buku teks dorang. hahaha kesian adik-adik ku.

p/s: maaf ada perkataan yang tak sesuai sila abaikan. Aku geram dengan komen-komen yang tidak membina langsung berkenaan Pendidikan Seks.

4 comments

December 3, 2010 at 5:30 PM

thx.. sangat ber'input'...

December 3, 2010 at 6:43 PM

@Zulkifly Omar

hahah thanx zull..
ramai yg melenting bila aku cakap dengan pendapat aku bahawa subjek ini OK dan petut diterima umum.

December 5, 2010 at 2:14 PM

sesuai sangat lha pon nak diajar..bg tambah sikit pengetahuan budak2 tuh bab2 seks nih.tak ajar pon depa dah tau dah.

December 6, 2010 at 3:13 PM

ngamlah bah tu.... org skang ni ramai yang sensitif tak bertempat.. sedangkan dorang sendiri x rasional... pendidikkan sex ni ok.. cuma orang kita biasalah.. dorang rasa pktaan "sex" tu taboo sangat.

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...