Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

20 Cara buat Roomate korang jadi GILA

Sunday, January 9, 2011 12 ,000,000 terlepas cakap
Hidup di asrama penuh dengan onak dan ranjau. Terutama bila terpaksa tinggal sebilik dengan Roomate yang sengal. Nasib baik roomate aku oraitz jer. Tapi kadang-kadang lah terasa jg sebab dia pasang lagu kuat sangat tak ikut masa lepas tu ketawa kuat-kuat hahaha. Tapi aku kool tak cepat hot. OK ini adalah Cara-cara nak buat roomate anda jadi Gila. Aku jumpa kat satu forum ni, jadi kepada mereka yang tinggal di hostel boleh prektikkan kalau berani lah. Untuk kolej kediaman Jati IPG Kampus Gaya yang tercinta, korang jangan buat benda ni nanti ada yang jatuh dari paras 3 nanti. Apa pu let cekedaut..JOM!!

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat
roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik &
terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi
tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah
balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan
tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”


3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku
berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah
sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia
tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap
hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak
boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan
pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap
apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah
lagi”

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia
keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke
McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh,
sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu
buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yg anda dah lupa pesanan
tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan
menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap
kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan
telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai
habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara
mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan
rumah/kampung. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang.
Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa
yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu
opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan
confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa
member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah
tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh
dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan
selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk
beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak
rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata
“Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”.
Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumate jage pakat2 buat x nmpk ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam
kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia.
Mesti dia terkejut sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

entry ni gurauan semata-mata k
dikisahkan di : UMPlife forum

12 comments

January 9, 2011 at 1:17 PM

ok sapa nak tlg aku bacakn yasin mlm neh? HAHA..

Anonymous
January 9, 2011 at 2:16 PM

ok.thank u.aku praktikkan malam ni jugak!hahaha~habeslah rumateku!

January 9, 2011 at 4:27 PM

hurmm...most of the suggestions are applicable.... wonder n think..(evil face..) hahah..!!!! ^_^

January 9, 2011 at 6:47 PM

@FarhaNezam hahaha baca yasin skali dengan asap kemenyan jg ar..hahah

@freakystar Hahaha sapa la rumate ko yang malang tu..hahaha

@Mohd.Rusman Usman Astaga..risau tau aku sama ko ni..jgn jak ko gaduh ar..aku nemaw tanggung..

Anonymous
January 9, 2011 at 6:54 PM

haha..penah masuk kat majalah g3 ni..keluaran 2 thun yg lalu..

January 9, 2011 at 7:03 PM

@Anonymous iya ka? hahah aku kongsi kat sini, mana taw ada yg tak terbaca lagi heheh

January 9, 2011 at 7:26 PM

hahahahha...memang boleh giler lah roomate camni...

January 9, 2011 at 8:26 PM

@Aida Zafirah silap2 boleh jadi penghuni hospital bahagia taw..

January 10, 2011 at 9:26 AM

waaaaaaahhahahahahahahahahahahah....hmm...pling bagus n mudah tu yg pokok bonsai tu..huhuh..sah2 kena cop gila~

January 10, 2011 at 6:28 PM

@Finie Ramos ko mau buat mcm tu sama cik abg ko ka finie? hehehe

January 11, 2011 at 8:46 AM

weeeiihhh,...jgn, klu buat sama laki grenti dia p cari bini lain alasan bini dia da gila~aku xsangguuuuppp~~

January 16, 2011 at 9:44 AM

@Finie Ramos hahah finie..finie..betul tu taw..hehehe

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...