Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

[Gambar 18sg] Hutan Aokigawa kawasan 'Pelancongan' Paling popular di Jepun

Friday, January 7, 2011 9 ,000,000 terlepas cakap
Salam rindu buat pembaca sekalian ceeewaaahh..
Ok aku sebenarnya tertarik dengan permintaan seorang pembaca tegar blog aku ni. Korang boleh terjah blog finie ramos. Dia minta aku siarkan kisah seram mengenai sebuah hutan. Jadi, aku pun tidak maw lah rasa permintaan dia terabai aku pun cari sedikit maklumat dan kongsi kan buat pembaca semua. Oh ya isi kisah ini ada seram-seram sejuk sedikit. Kalau rasa-rasa takut-takut jangan teruskan. OK? JOM!!

Aokigahara adalah hutan purba yang dilaporkan berhantu berikutan banyak cerita dongeng tempatan berkaitan makhluk aneh, gergasi serta hantu di situ, sekali gus menambah perisa kepada reputasinya yang memang menakutkan. Tanahnya berbatu dan sukar ditembusi peralatan seperti penyodok, manakala kira-kira satu kilometer ke dalam hutan berkenaan, boleh ditemui tulang manusia yang dipercayai berusia ratusan tahun berserakan yang menandakan kehadiran haiwan pemangsa.




Roh mereka yang mati dikatakan kerap ditemui golongan yang cukup berani meneroka ke dalam Aokigahara, namun kisah paling popular ialah mengenai besi magnetik bawah tanah di kawasan terbabit yang menyebabkan kompas tidak berfungsi dan pelancong tersesat dalam hutan.

Bagaimanapun, kisah itu nyata pembohongan besar kerana Tentera Jepun dan Tentera Amerika selalu mengadakan latihan di dalam hutan berkenaan dengan kompas digunakan mereka berfungsi baik, begitu juga dengan peralatan elektronik lain.
Aokigahara bukan saja popular dengan Gua Ais dan Gua Angin yang menjadi tarikan utama pelancong tetapi juga dikatakan tumpuan utama mereka yang mahu membunuh diri. Ia dilaporkan lokasi bunuh diri ketiga paling popular di dunia selepas Jambatan Gerbang Emas di San Francisco, Amerika Syarikat dan Bloor Street Viaduct di Toronto, Kanada.

Sejak 1950-an, lebih 500 orang menemui ajal di hutan berkenaan, kebanyakannya membunuh diri. Purata 30 kes bunuh diri dilaporkan di hutan itu setahun, malah pada 2002 sebanyak 78 mayat ditemui dalam hutan berkenaan, menggantikan rekod sebelumnya iaitu 73 pada 1998.

Kebanyakan yang membunuh diri adalah lelaki, mewakili lebih 71 peratus kes yang dilaporkan pada 2007. Jumlah kes membabitkan golongan berusia lebih 60 tahun juga tinggi tetapi mereka yang berusia lingkungan 30-an adalah kumpulan paling berkemungkinan mengambil tindakan itu, malah bunuh diri juga punca utama kematian penduduk berusia bawah 30 di Jepun.

Kadar bunuh diri yang tinggi mendorong pihak berkuasa menaikkan papan tanda, menggesa mereka yang mahu menamatkan riwayat di hutan itu supaya mendapatkan bantuan. Pihak berkuasa juga melakukan gerakan mencari di hutan itu setiap tahun sejak 1970, disertai polis, sukarelawan dan wartawan.

Bagaimanapun, semua kejadian itu tidak pernah mengganggu golongan yang sukakan cabaran untuk terus meneroka hutan penuh misteri terbabit. Kebanyakan pengunjung menandakan laluan mereka dengan meninggalkan plastik warna bagi mengelak tersesat, namun ada pula masalah kerana tindakan itu menimbulkan kebimbangan mengenai ekosistem hutan itu.





Penulis novel terkenal Jepun; Matsumoto Seicho juga telah menerbitkan novel bertajuk 'Kuroi Kaiju' (Laut Hitam Pohon) di mana dua karakter dalam novel beliau membunuh diri di sana.

Sejak abad ke-19 lagi ramai petani miskin pergi ke hutan ini untuk bunuh diri, kerana mereka pikir anak-anak mereka akan punya lebih banyak makanan untuk dimakan kemudian. Setiap minggu penduduk Jepun akan membuat operasi di hutan ini untuk mencari mayat yang baru.

Cara mereka bunuh diri; antaranya membiarkan diri dimakan kesejukan atau 'fost-bite', membiar diri mati kelaparan, mabuk keterlaluan, makan pil tidur berlebihan dan yang paling popular gantung diri.



























Misteri Aokigahara juga mendorong seorang pengarah, Takimoto Tomoyoki mengarahkan sebuah filem bertajuk Jyukai - Laut Pokok Di Belakang Gunung Fuji. Ia mengenai kisah empat orang yang memutuskan untuk membunuh diri dalam hutan berkenaan.

Ketika mencari tempat sesuai untuk penggambaran filemnya, pengarah itu memberitahu wartawan dia menemui dompet mengandungi wang tunai 370,000 yen (RM13,421), tambah merancakkan lagi khabar angin popular mengenai kehadiran haiwan pemangsa di hutan terbabit.

aku kata : korang rasa korang nak melancong ke sana tak?? hahahah

9 comments

January 7, 2011 at 6:19 PM

macam best ja utan tu taw HAHA

January 7, 2011 at 6:32 PM

@FarhaNezam hahah ko maw camping p sana ka tu ar?? hahahah

January 7, 2011 at 6:39 PM

picnic perhaps HAHA..

January 7, 2011 at 7:06 PM

@FarhaNezam hahaha berani ka??

January 7, 2011 at 8:00 PM

kalau siang2 berani laa HAHA

January 7, 2011 at 8:11 PM

@FarhaNezam hahaha...siang toksah cakap lah..tp klu ko tinggal sorang2 kat dalam hutan tu, kompom byk lah cobaan kat ko tu..

January 10, 2011 at 10:06 AM

wahh..pembaca tegar aa..hihhih (thanx)...dtg p hutan ni siang2 buta pun bikin takut oo..klu xpcya cuba tgok video yg drakam oleh plancong org putih p sni d youtube..dorg msuk hutan ni siang2..bikin takut oo...balik2 dorg ckp S**T dlm pjlnan dorg sb bnyk jmp bangkai~hahahah

January 10, 2011 at 6:11 PM

@Finie Ramos ya bha finie..heheh ko tgo senarai pembaca tu sana yg bagi komen..heheh ko paling top..

internet di kolej aku kena block bha tu youtube..jadi nda dapat lah tgo ni..huhuh

January 11, 2011 at 8:44 AM

ohhh..d kolej ka ko?kolej mna??

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...