Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Kampung pecah dari kaca mata vizard si dukun

Wednesday, January 12, 2011 23 ,000,000 terlepas cakap



“ Zan, aku dah cakap dengan kau, aku bukan dukun atau bomoh lah. Aku insan biasa juga macam kau,”

Kata ku kepada szan yang nama sebenarnya dalam i/c Tarszan. Aku taw sebab aku ada mata telus, yang mampu melihat secara telus benda-benda yang terlindung. Walau demikian aku masik logik dan waras, aku tak gunakan kelebihan aku ini untuk benda-benda yang tak elok. Namun Zahiddin dan Ariez Hazaril asyik ajak aku buat benda-benda yang tak senonoh. Sebab tu ke mana aku pergi ada jer muka dorang bedua ni. Tapi yang peliknya bila si szan ni datang ke rumah aku, tak da pula muka dorang bedua ni. Jelos kot.


“ ala vid, lu kan boleh nampak ‘benda-benda’ halus ni. Gua nak belajar sikit pun takkan tak boleh, “

“zan aku da cakap..sampai kering kontang anak tekak aku cakap kat kau, aku manusia biasa jak, tak da power apa-apa pun, “ kata ku kepada szan.

Szan merupakan anak watan kampung pecah. Walaupun dia ni agak bebal kadang-kadang namun dia baik. Suka tolong orang kampung, aktif dengan aktiviti kampung yang paling pentig dia rajin datang ke surau bersama ustaz samizul. Pernah sekali dek kerana semangat jin mana merasuk dia, dia pegi azan pukul 10 pagi, waktu sembahyang hapa pukul 10 pagi.

“vid..gua nak belajar jampi-jampi kat lu. Gua taw lu teror bab jampi-jampi ni..ala boleh la vid..boleh lah yer,”

Szan terus mendesak aku. Aku terdiam. Aku melihat wajahnya dengan dalam, sedalam lubang jerat kat mukanya. Kemudian aku berpaling kepada burung kasawari kesayangan aku. Aku dah lama menternak burung ni. Burung ni aku dapat masa aku selamatkan seorang puteri bunian, nama dia Princes Liling. Masa tu dia kena hempap dek batu marmar (batu asas untuk dijadikan mozac lantai). Dengan berbekalkan sedikit ilmu di dada, aku membaca sedikit mantera semerah padi yang aku pelajari dari sifu M.Nasir di bukit Spider. Princes Liling memberikan aku sebiji telur burung kasawari yang sehingga ke hari ini aku burung ini setia kemana saja aku pergi (kecuali pegi toilet). Bila aku jenjalan dengan burung ni mula la Zahiddin dan Ariez Hazaril merengek nak ikut aku terbang.

“Baiklah szan aku ajarkan kepada kau beberapa ayat suci Al-Quran yang boleh kau gunakan untuk pelindung diri kau. Nama ayat tu ayat Kursi. Ko kena belajar betul-betul ayat ni, tapi kalau nak belajar tajwid yang betul baik ko belajar kat ustaz samizul.”

Dengan muka yang cukup gembira seperti orang menang nombor, szan mengucapkan terima kasih kepada aku. Aku da pesan kat dia, jumpa di Masjid nanti maghrib. Tanpa berlengah lagi szan meninggalkan rumah aku. Apa yang aku rasa pelik, tadi dia datang berkaki ayam ni balik pula siap dengan selipar. Kurang asam punya member, ada ker patut dia POW selipar aku. Takkan dia tak perasan yang selipar tu sebelah tak sama warna dan saiz?

Tak sampai beberapa minit szan pergi bersama selipar aku yang dia POW, Hajah Lina Ramsah pula datang berjalan melenggang-lenggang menghampiri rumah aku yang nak kata rumah pun tak, reban ayam pun tak. Dari jauh lagi aku sudah boleh mendengar suara hatinya yang panas dek kerana lesen perniagaannya yang digantung. Bila jer dia sampai depan rumah aku, terus aku bersuara.

“ Ala kak, takkan belum habis lagi dengan isu lesen akak tu. Ni datang ni mesti minta aku jampikan orang yang pegi buat repot tu kan?”

Hajah lina terkejut beruk dengan kata-kata aku tu. Mata yang memakai kontek lens kaler biru tu menjadi bulat. Dadanya turun naik. Wajahnya merah padam. Mungkin kedapatan kali niatnya datang berjumpa aku.

“ko ni vid, memang layak lah menjadi dukun muda dalam kampung ni. Ya betul la tu vid, akak nak minta tolong dengan ko ni, tolong la akak vid. Akak tak puas ati selagi tak balas dendam kat orang yang jahanamkan perniagaan akak tu,”

“ kak hajah, aku bukan nak tolong tapi aku ni bukan dukun kak. Lagi pula aku malas nak tolong kalau akak beniat nak balas dendam. Ustaz samizul tu dah pesan, tak baik kita bermusuh kak.”

Sejak aku berjaya selesaikan kes kecurian di kampung Pecah tempoh hari orang kampung mula memberi perhatian dengan kelebihan yang aku miliki. Ala bukan aku sorang yang pegi tangkap orang toyol tu, ustaz samizul pun terlibat juga. Selepas pertelingkahan aku dengan ustaz samizul di simpang kampung tempoh hari yang menyebabkan aku dan ustaz samizul terlantar di hospital dan terpaksa pula membayar kos rawatan yang tinggi biasalah hospital swasta. Tapi nasib baik Dr. Hanis banyak tolong kami berdua. Tapi tak sangka pula ketua kampung, Hj Bobby minta kami tanggung kos kerosakan yang menelan belanja hampir jutaan ringgit. Disebabkan pergaduhan tersebut banyak rumah yang kehilangan dinding dan atap, kampung pecah pula dilanda ribut yang dahsyat tak masuk pula dengan kebakaran kedai makan Wan Tan Ho. Demikianlah dahsyatnya bila aku dan ustaz samizul bergasak. Tapi sekarang aku dan dia dah baik. Kami dah berdamai dan telah menandatangani perjanjian pangkor.

PANG...!!!

Satu tamparan hinggap di bahu aku menghalau semua kenangan aku bersama ustaz samizul haiz macam becinta pula. I’m not gay, I’m okey yer.

“engkau ni vid, nak tolong akak ke tak? Kalau tak akak nak cari bomoh wanita dekat sempadan siam sana. Dia lagi power dari kau,”

“ish akak ni takkan nak lakukan benda-benda khurafat ni kak. Yerla aku tolong ni.
Aku akhirnya setuju jua dengan permintaan Hajah lina ramsah yang siang dan malam asyik ganggu aku nak minta tolong. Aku kenal dengan bomoh wanita tu. Bomoh siam yang digelar sebagai freakystar memang terkenal dengan ritual-ritual pelik dia bersama makhluk yang bukan-bukan. Terlalu seram untuk aku ceritakan di sini.

#####################################

Aku merenung kedai yang berjiran dengan Hajah Lina ramsah. Lama ku tenung, seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan kedai bundle yang beberapa hari ni laku sehingga tiap hari kehabisan stok. Oh ini lah kedai saingan Hajah Lina tu. Dari hadapan pintu kedai tersebut aku dapat melihat si zurina adik ketua kampung haji bobby sedang sibuk memilih-milih pakaian bundle di bahagian pakaian dalam. Ish segan pula aku mengintai awek ni. Hehehe aku tersipu malu keseorangan hehehe. Jauh disuatu sudut aku terlihat pula madu-madu haji bobby Makcik glay dan makcik finnie sedang memilih pakaian di bahagian lelaki. Mungkin untuk haji bobby. Wah dah mengandung dua-dua madu haji bobby ni. Hebat juga ketua kampung aku ni. Desis hati ku. Tapi yang menghairankan aku kenapa perut Haji bobby pun ikut mengandung, dah macam kandungan 7 bulan jer aku tengok perut dia tu.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bau-bau yang meloyakan tekak ni. Aku muntah dengan tiba-tiba. Dari muntah tu aku melihat sebiji telur kehijauan yang terus menetas mengeluarkan beberapa ekor cacing. Aku merasa jijik. YUKSSS. Aku melihat sekeliling, tapi tiada siapa yang ada. Pandangan aku mulai berpusing kepala aku mula berpinar. Arghh macam baru lepas naik roller coaster jer 18 pusingan kat genting.

Mixhenderson tiba-tiba menegur aku dari belakang.

“Eh vid, ko mengandungka?”

Ya ampun budak ni. Nama jer belajar teknikal sampai habis Kat MARA tapi masih tak taw bezakan muntah orang mengandung dengan muntah orang yang kena guna-guna. Apa daaa. rasa nak jer aku bagi sedas dua tempeleng aku kat pipi dia yang tembam ni. Tapi nasib baik aku menyewa kat rumah warisan dia tu. Sabar jer lah.

“eh bukan lah mix..baik ko pegi jauh dari sini silap-silap ko pun akan kena juga,”

Dengan rasa yang kehairanan dia pun berlalu meninggalkan aku dan bekalan megi yang dia beli kat kedai runcit makcik miera. Budak ni pelupa juga.. Berapa kilo sehari ko makan semut daaa..

Sedang aku masih mengeluarkan muntah yang menjijikkan itu, tiba-tiba aku melihat satu lembaga hitam yang cukup besar datang meluru ke arah ku. Menumbuk aku..dush..dush..dush..Aku terpelanting jauh. Ada la dalam 2km dari tempat kejadian. Ish bukan terpelanting tapi terbang sudah tu. Aku disambut oleh ustaz samizul dan szan yang kebetulan baru pulang dari kenduri di rumah dato Farid sebab anak dato farid lulus peperiksaan SPM setelah mengulang sebanyak 5 kali itu pun selepas ustaz samizul memberikan air penerang hati kat budak tu. Kalau bagi kat aku budak tu, dah lama rendam kepala dia kat dalam perigi buta belakang rumah Cik Hikmah.

Ustaz samizul yang sememangnya mengetahui akan kehadiran lembaga itu, terus membaca beberapa ayat suci al-quran dan jari jemarinya terus bermain dengan tasbih yang sentiasa di bawanya kemana saja. Szan pula yang masih terpinga-pinga tak tahu nak buat apa seperti ayam berak kapur jer aku tengok budak ni.

Selesai dengan bacaan dan mainan tasbih, ustaz samizul terus menerima serangan daripada lembaga tersebut dengan menahan serangan menggunakan kedua-dua belah tangannya. Kesan daripada serangan itu, kelihatan retakan-retakan di sekitar tempat ustaz samizul berdiri. Kemudia Ustaz samizul pun tertewas dek kerana lembaga tersebut telah masuk ke tahap kedua kerana mungkin dia akan tewas jika masih berada di tahap kekuatan tersebut. Kemudian lembaga tersebut menjadi besar sebesarnya. Alamak apa kami nak buat?

Szan yang tadi terpinga-pinga tidak tahu untuk membuat apa lantas mengambil pen warisan keluarganya. Aku pernah mendengar kisah pen yang ajaib itu mampu mengubah penggunanya menjadi lebih besar dan memiliki kuasa. Tak kusangka pen itu kini telah diwariskan kepada budak szan ni. Tapi pen itu juga lah yang telah menggagalkan szan dalam peperiksaan UPSR dulu, sebab membawa pen yang tak ada ink. Bila dia pinjam pen aku, pengawas yang jaga tu terus syak dia meniru. Kerana itu dia gagal. Berbalik kepada cerita tadi, Szan terus menghalakan pen itu ke udara lalu menyebut sekuat-kuat hati, jantung dan limfanya..

TAARROOOOOOOO!!!!!!!!!!!!! (dengan iringan muzik ultraman taroo)

Tiba-tiba aku melihat szan membesar dan di kepalanya ditumbuhi dua tanduk. Ala dah macam the red devil logo MU jer aku tengo ko szan. Szan menyerang lembaga itu dengan sekuat-kuat hatinya. Dia menggunakan pelbagai gaya silat gayung, cekak dan sedikit silambam yang dia tak habis belajar dari Bai Anip Namun dia tetap kalah jua. tulah orang suruh belajar sampai habis tapi ko tak nak. Tiba-tiba dada szan berkelip-kelip kemerahan. Dia semakin lemah, dan terok juga di belasah oleh lembaga tadi.

“ sori vid, ustaz, gua dah kehabisan cas ni, gua pegi cas dulu ya..karang gua datang balik bantu k..Ok sementara tu korang lawan lah dulu yer. Gua chow dulu..”

Szan terbang dan berlalu pegi ntah kemana. Gila kau szan, harap jer badan besar tapi tak boleh nak buat hapa. Dah tu ko sampai hati tinggalkan kami. Kalau aku jumpa ko karang, aku ikat ko dengan besi sauh kapal biar ko tenggelam dengan sauh-sauh tu.

Lembaga itu terus menghancurkan kedai hajah lina ramsah. Kesian kat dia. Aku dengan hati yang membara dan dengan nada yang tak puas hati mengerang kemarahan terhadap lembaga tersebut. aku semakin tidak mampu mengawal peredaran hormon, neuron dan saraf aku.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tiba-tiba kelihatan cahaya kekuningan terpancar dari tubuh ku. Rambut aku yang sentiasa terpacak kerana aku pakai gel murah RM2.00 yang ku beli secara hutang pun menjadi panjang dan berdiri terpacak. Kelihatan juga kilat-kilat dan petir-petir di tubuh ku. Sekitar tempat aku berdiri yang mana terdapatnya rekahan-rekahan batu akibat runtuhan bangunan yang dihancurkan oleh lembaga itu terangkat dengan sendiri dan menentang hukum graviti. Tanpa berlengah lagi aku pun membaca jampi yang diajarkan oleh beberapa tokoh ilmu hisab. aku pun mengumpulkan seluruh tenaga zahir dan batin ku di telapak tangan ku. Lantas ku menyahut pada lembaga tersebut.

“woi ko rasakan ini, serangan terakhir aku... KA ME HA ME HAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!”

Satu cahaya biru kupancarkan ke arah lembaga itu. Lembaga itu pun terus menangkis serangan itu dengan menggunakan sayapnya. Eh ada sayap pula, kenapa aku tak perasan tadi. Oh sungguh kuat pertahanan lembaga jahanam ni. Ustaz samizul yang melihat keadaan itu terus memberikan pertolongan dengan menyalurkan tenaga dalamannya kepada ku. Dengan dorongan tenaga daripada ustaz samizul dan juga undian sms yang aku terima aku melakukan satu serangan sepenuh tenaga.

Akhirnya, lembaga itu hilang tanpa dapat dikesan oleh radar kampung yang penah dipasang oleh mixhenderson masa dia buat praktikal dulu. Akhirnya kami menang. Ya kami menang. Ustaz samizul terus sujud syukur dengan kemenangan itu. Alangkah indahnya dunia. tiba-tiba Aku jatuh tersungkur dan muka ku tersembam ke tanah.

********************************************

Aku membuka mata, alamak aku di hospital lagi. Dikatil sebelah ada ustaz samizul. Di katil hujung sana ada szan yang berbalut kakinya. Dengarnya szan jatuh dari udara sebab masa tu cas dia dah semasa dia siok terbang mencari tempat yang sesuai untuk mengecas power. Haji Bobby dan dato farid turut berada di samping katil kami. Dr. Hanis yang merawat kami hampir sebulan kami tak sedarkan diri. Gila lama tu,kalau aku keja dah dapat gaji sebulan.

Dato farid mengucapkan terima kasih kepada aku, ustaz samizul dan szan kerana telah berjasa kepada daerah nya terutamanya kampung pecah. Aku senyum sambil tersengih kepada ustaz samizul dan szan. Mereka pun senyum kambing. Kembang hidung szan mendengar pujian tu. Ceh hari tu bukan main ko lari tinggalkan kami. Kemudian Haji Bobby yang memang tak puas ati sebab kami terima pujian daripada dato farid dan mungkin boleh menggugat ketokohannya sebagai ketua kampung, menyerahkan kos kerosakan yang terpaksa kami tanggung sekali lagi. Aku memandang ustaz dan szan, mereka berpaling dari aku sambil bersiul-siul. Cilanat korang bedua.

Tiba-tiba datang seorang anggota polis berpangkat Inspektor ke dalam bilik kami sambil membawa seorang wanita yang berdressing seperti bomoh. Inspektor yang berbadan tegap seperti arnold susahnakeja itu memegang tangan wanita itu yang siap bergari. Takut lari agaknya. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai inspektor zuol

“ inilah bomoh freakystar yang telah menghantar lembaga beberapa bulan lalu untuk menghancurkan perniagaan Hajah lina. Kini dia telah ditangkap dan akan ditahan di bawah akta 007 bidang perbomohan (A). Namun yang masih menjadi misteri adalah orang yang mengupah bomoh ini masih belum dapat dikenalpasti”

Oh barulah aku faham. Akhirnya kejatuhan perniaagaan hajah lina telah diselesaikan dan lesennya telah dikembalikan semula. Seminggu kemudian PA dato farid iaitu ana raffali telah membeli beberapa pakaian di kedai bundle hajah untuk dipakai semasa pertandingan nyanyi AJaL ke-25 anjuran kampung dua butir. Aku pula? Masih lagi dikejar oleh szan kerana dianggap sebagai dukun.
WOI AKU BUKAN DUKUN lah waaaaaaaaaaaaaaaa......TAMAT

aku kata : Aku nak minta maaf sebab banyak yang aku tak sebut. Huhuh cerita pun kurang best berbanding cerita szan. hehehe aku tak mengharap cerpen ni dapat hati pihak juri cukuplah korang enjoy yer.

kalau korang rasa cerpen ni boleh menang anugerah Oscar korang undi di sini ya..

23 comments

January 12, 2011 at 12:21 AM

vid jd GOKU!!!hahahaha...semat gilak!!

bah..sampai bila c szan kajar tu mo minta ilmu dukun???hahahaha

January 12, 2011 at 12:22 AM

@Kreatifbuzz nda la ku taw tu buzz..hahaha
lepas ni kompom dia balas balik ni hahahah

January 12, 2011 at 12:25 AM

huahahahaha..perut 7 bulan tu y x thn tu...

January 12, 2011 at 12:27 AM

@Alfian J. hahaha buncit bha tu heheh sori lah..gurauan jak tu hehehe

January 12, 2011 at 1:32 AM

kahkahkah!!! bekerjasama dengan ustaz samizul pula dukun ni. BTW nice. ada beberapa watak baru yang lu ketengahkan dalam KG.Pecah. watak inspektor, liling dan frekystar tu ada kicknya. hahahahah!. gud gud gud.

Anonymous
January 12, 2011 at 2:32 AM

aku sukak!

January 12, 2011 at 6:09 AM

@Szan Heheh tp szan ko masih tyko jg masih bha..hehehe

@thebeybeh Yer ker ko suka..thanx ya..hehehe

January 12, 2011 at 7:58 AM

taroooo.!!haha..nice stori.!!

January 12, 2011 at 9:23 AM

addeesss..begini bisa buat beta pening mahu pilih..aku mau curi otak kamu semua..hehe..thumbs up!!

January 12, 2011 at 9:47 AM

@Ariez Hazaril haha tu la identiti szan yg sebenar...

@c3kz h!kmAh hahah ko pegi culik kepala si szan..aku aprentis dia jerk..

January 12, 2011 at 7:48 PM

Uinaa....ada bbakat besar jg c Pinung buat cerpen...

Yeeha!! I like it...:)

January 12, 2011 at 8:04 PM

@Zurina J. ahahaha..thanx zurina..heheh terharu ni aku hehehe

January 13, 2011 at 2:40 PM

AKU JADI USTAZ YANG ROCK BEBEH.. MUAHUA5!!! XD

January 13, 2011 at 5:47 PM

@samizul.net hehehe..ya la..itu dah watak dan peranan ko dalam tu drama pecah kaca

January 17, 2011 at 11:49 AM

ahakz.. ni sebenarnya nak expose bagitahu yg drimu bukan dukun kan? hehe...

January 17, 2011 at 1:01 PM

@Aretikz ahahah aku adalah goku yang sebenarnya..hahaha

January 21, 2011 at 7:34 PM

super saiya lagi tu.. wahaha... best oo cerita ni..
hehe.. ada jugak watak aku.. kekeke

January 21, 2011 at 9:10 PM

@Zulkifly Omar eh aku igt ko dah penah baca ni cerita zul hahaha rupanya belom lagi..

February 1, 2011 at 3:54 PM

knp smua org guna nama aku Macik Finie?huuuu T_T

Finie tu budak kecik laa~~

February 1, 2011 at 8:01 PM

@Finie Ramos hehehe itu maksudnya ko dah makin otai hahahaha

February 2, 2011 at 9:41 AM

blum lg ku habis bc smua cerpen2 tu..tp ada la yg kasi jd aku ni bini no dua ketua kg la..mcm2 la..adeeiii...oya, btw..incik admin beso kita tlah mlantik sy mjadi illustrator buku kompilasi cerpen2 tu..jadi, wait n see n doakn smoga sy bjaya mhasilkan illustrasi2 utk cerpen2 kmu aa ^_^

February 2, 2011 at 9:46 AM

@Finie Ramos seyes bha?? hahahah aku sokong taw..heheheh serius ni finie..aku suka taw...

February 2, 2011 at 9:50 AM

iya..InsyaAllah~~ ^_^ xpa..nnt sy lukis muka ko hensem2 sikit..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...