Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Pencuri kabel di belasah teruk

Friday, January 7, 2011 4 ,000,000 terlepas cakap
KOTA BHARU – Angkara mencari wang cara mudah, dua daripada tiga sahabat cedera teruk dibelasah penduduk kampung ketika mereka leka mencuri kabel pada tiang Telekom Malaysia (TM) di Kampung Mentera, Binjai dekat sini semalam.


Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi, kedua-dua suspek yang berusia 16 dan 18 tahun terpaksa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk mendapatkan rawatan selepas mereka mengalami luka-luka di kepala dan badan ekoran dibelasah lebih lima penduduk kampung.

Namun, seorang rakan suspek sempat melarikan diri.

Kejadian mencuri kabel pada tiang telefon itu pada mulanya disedari oleh seorang penduduk kampung selepas dia ternampak dua lelaki sedang memanjat tiang manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.

dikisahkan di : kosmo
aku kata : tak perlu lah hukum sampai pukul teruk macam tu..hantar ke balai jak lah, biar mahkamah yg putuskan nak buat apa..

4 comments

January 7, 2011 at 8:46 AM

org suda sakit hati ba tu..klu sy pun sy p flying kick org cukup2 klu p kasi rosak harta benda awam..

January 7, 2011 at 10:54 AM

@Finie Ramos Hurm mungkin jg bha..tp aku tgo mmg teruk jg bha tu pencuri kena pukul..adadadaaaa..mcm kesian pun ada owh..

Anonymous
June 18, 2012 at 1:00 PM

sesekali apasalahnya nyusahkan si pencuri kabel nie...dia dah nyusahkan org kampung. org telekom gak kena marah sebab org kampung nak buat panggilan tak leh...baru diorg tau...

Anonymous
June 29, 2013 at 11:34 AM

Tak payah pukul teruk2 budak tu, lagi pun TM pun kaki auta juga. Bukannya TM bagi hadiah pun. Kalau betul nak bela keadilan, ada banyak lagi perkara besar contohnya.....susah mau cakaplah. Eloknya kau cari sendiri.

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...