Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

10 Cara 'bermesra' dengan jiran yang sombong

Monday, December 13, 2010 4 ,000,000 terlepas cakap
Hidup berjiran adalah satu kemestian dan kita di kehendaki untuk sentiasa mengamalkan sikap yang rukun dan mesra gitu. Namun tidak aku nafikan di sini ada juga jiran yang bikin panas, buat saket ati, dan paling koman pun SUMBUNG. Oleh itu, aku mau kongsikan kepada anda tips untuk mengajar jiran-jiran yang spesis macam ni. Ingat yer aku bukan ajar nak balas dendam hahah

1.) Kat halaman belakang, gali 2-3 batas berbentuk kubur kemudian letakkan papan dan kain putih.
Bila jiran tegur nanti, kata "Takde apa-apa tu. Saya nak tanam sayur... .nak berkebun", sambil menyiram air mawar keatas 'kubur tipu' tu... . lagi wangi lagi real...

2.) Bila jiran tengah menonton TV di ruang tamu mereka, ambil kerusi malas / kerusi plastik dan turut serta menonton TV mereka, tapi dari halaman mereka dan dengan menjengok-jengok tingkap mereka. Sure mereka seriau, especially kalau mereka tengah menonton cerita 'Pontianak Harum'. Kalau boleh, pakai jubah putih dan lakukan pada malam hari.

3.) Pesan pizza tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka.
Kalau jiran complain, kata anda takde telefon jadi kena pesan ke alamat mereka...

4.) Setiap Subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman / pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan, kata "Kuat berjalan betul pokok2 awak nih!".

5.) Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di tong sampah mereka. Jika mereka tanya kenapa, kata je "Tong sampah saya penuh dengan mayat.. eh.eh... sampah... hehehe".

6.) Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar, majalah dan buku2 anda. Jika jiran tengok, kata je anda tak suka membaca bahan bacaan kotor.

7.) Suruh isteri dan anak-anak anda mmanggil anda 'Duli yang maha mulia seri paduka Zorgon' depan jiran-jiran. Jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal dari kerabat diraja Marikh.

8.) Buat open-house dan jemput jiran-jiran anda. Tapi hidangkan kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high-heels sebagai hidangan utama.
Buat barbecue di halaman dan panggangkan selipar jepun anda.
Cadangkan kepada jiran yang anda pun boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali.

9.) Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk diatas kerusi. Suruh duduk kat lantai, walaupun ternyata ada sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi-kerusi kat rumah anda ada jerangkap samar (landmines).
Kalau ke rumah mereka, buat benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup...

10.) Buat patung boneka drp kain yang serupa macam muka dan pakaian jiran anda.
Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda sentiasa disisi dan tak lonely. Sure dia horror... .!

Dikisahkan di sioloon.com

p/s : macam mana hubungan anda dengan jiran anda? berilah sikit komen hahah

4 comments

December 13, 2010 at 4:17 PM

ui, nnti kita jd jiran aku gali kubur real ar...

December 13, 2010 at 4:42 PM

@Zurina J.

hahahah..kubur tu bukan untuk aku kan??

December 13, 2010 at 8:50 PM

haha.. klu ada jiran bgini trus sa pindah owh.. =P

December 13, 2010 at 10:59 PM

@Suhaira Wafiah binti Hasrin

adehh..klu ko pndah bajet keluar la lagi tu...

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...