Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Akhirnya engkau ku miliki

Tuesday, December 14, 2010 4 ,000,000 terlepas cakap
“ Sebenarnya pakcik, makcik saya minat dengan anak pakcik dan makcik, anisah tu,” kata ku dengan penuh konfiden akan diterima.

“ hei kau ni siapa? Apa taraf kau nak kawen dengan anak aku tu,” terkedu aku mendengar ucapan bakal mertua aku ni. Aku tahu lah kau tu pangkat Datuk tapi jangan lah hina aku macam tu. Aku bukan orang lain juga, bakal menantu kau juga, pakcik.

“Oh ya lagi satu, kau tolong jaga sikit bahasa kau tu bila bercakap dengan orang yang berpangkat macam aku ni,” WHAT THE **** Pakcik ni memang dah lebih. Belum pun aku habis memaki bakal mertua aku dalam hati dia tambah lagi.

“ Kau kata kau minat dengan anak aku, kau ada berapa dalam poket kau tu? Kau keja apa? Boleh ker kau bagi makan anak aku tu?”

“ saya kerja jual burger jer pakcik eh datuk, rasanya kalau diikutkan dengan wang simpanan tu memang dah cukup untuk kawen dengan Anisah, datuk.” Datuk Haris terus ketawa terbahak-bahak.

“hey orang muda, kau ingat anak aku tu orang kampung ke? Dia kalau nak kawen tak
maen dewan-dewan ni. Kena kawen kat hotel. Kalau tidak jatuh lah air muka aku. Dah lah, kau memang tak layak untuk anak aku tu. Engkau balik lah, lagi pun aku dah jodohkan dia dengan Anak tan sri, jauh lebih baik dari kau penjual buger. Carilah pempuan kampung yang setaraf dengan kau.”

Kalau lah membunuh itu tidak tersenarai dalam dosa besar dan hukumannya pula bukan kat tali gantung, dah lama aku korek mata orang tua si Anisah ni lepas tu aku gantung kat kipas siling yang sedang berpusing ligat. Suka suki jer yer dia hina aku. Suasana sememangnya tegang sejak aku datang tadi. Aku mengalihkan pandangan ke arah Datin Diana, mulutnya mencebik dan matanya memberikan aku gambaran yang dia turut bersetuju dengan suaminya. Luluh hatiku merasakan suasana dan penerimaan keluarga Anisah. Aku terus berdiri kerana punggung ku tidak mampu untuk menahan kepanasan hatiku.

“Tidak mengapalah datuk. Saya minta diri dulu, datuk, datin. Sampaikan salam saya kepada Anisah.” Anisah, satu-satunya anak mereka yang sangat manja, cantik dan comel serta sangat menjaga keperibadiannya, belum keluar dari dapur sejak dari tadi sebab dia siapkan air untuk bakal suami impiannya ni. Belum pun sempat aku berlalu pergi, Datin Diana yang sejak tadi diam membisu akhirnya bersuara.

“ Aku harap kau jauhkan diri kau dari anak aku tu. Kau memang tak layak untuk dia.”
Tak perlu aku dengar sampai habis kata-kata Datin diana tu.

Aku rasa aku dah tahu kesudahan ayatnya. Aku terus berlalu dan menuju ke arah motor yang aku parking ngam-ngam di bawah pokok mangga depan rumah besar Anisah & Family tu. Sebaik aku menghidupkan enjin motor aku mendegar Anisah keluar memanggil nama aku cuba untuk menahan aku pergi.

“ Abg apa yang berlaku ni..” aku melihat air matanya mengalir. Kecewa kali sebab tak dapat bersuami lelaki yang baik macam aku (sila abaikan ayat ini).

Hati aku sekali lagi berkecai seiring dengan air mata Anisah yang berguguran. Aku dapat melihat matanya yang jujur menyatakan betapa dia mencintai penjual burger ni. Dia tidak pernah meminta aku menunjukkan buku bank aku sebagai bukti tahap kekayaan harta yang aku miliki sepanjang kami bercina bercinta. Aku adalah lelaki yang benar-benar beruntung memiliki hatinya. Namun kini semuanya hanya tinggal impian sahaja. Ia lebur seperti leburnya ais di kutub akibat pemanasan global.

“ Nisa, Jangan menangis sayang, pergilah dengan keluarga mu. Mereka lebih menyayangi Nisa..” Padahal bukan itu aku nak cakap. Aku nak juga cakap JOM KITA KAWEN DI SEMPADAN SAYANG. Tapi lain pula yang keluar. Aisey. Tanpa mempedulikan lagi situasi itu yang menyayat hati meruntun jiwa itu, aku terus memecut meninggalkan Anisah yang cuba ditenteramkan oleh ibu bapanya.

Aku betul-betul hairan, rupanya masih wujud lagi manusia yang mementingkan darjat dan harta dalam Malaysia ni. Amaran mak pilih lah gadis lain untuk dikahwini. Jangan pilih Anisah memang berasas. Aku ingatkan mak aku tak suka. Rupa-rupanya mak aku tak nak anak terunanya di hina dan dipijak-pijak.

Fikiran aku kacau. Betul-betul kacau. Sepanjang menunggang motor untuk balik ke rumah kepala hotak tahap STPM ni tak berhenti dari memikirkan Anisah. Oh Anisah Aku cinta pada mu. Mata ku memandang jalan namun fikiran ku melayang di tiup angin bayu petang, mengenang kembali detik-detik bersama Anisah…

4 comments

December 14, 2010 at 5:41 PM

sa guling guling nangis baca ni post!! ='(

bukan sbb sa ksian tu lelaki kena hina (kesian juga la sikit2) tapi sa lama suda tdk mkn burger.
wuakakakaka..

just joking. =)

December 14, 2010 at 8:28 PM

@Suhaira Wafiah binti Hasrin
jgn bha kau cakap mcm tu ksian huhuhuhu

April 22, 2011 at 12:22 PM

memang kesian la si llki..tp sa suka oo cra dia frust tu..bikin sa ktwa..bha! jgn ko frust2 ah..ada jga cwek sbh sini bnyk ^^

April 27, 2011 at 12:00 AM

@TML cerita tu blom habis tapi aku malas dah nak sambung..tengolah macam mana nanti heheh

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...