Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Mari melancong ke Sabah

Tuesday, December 14, 2010 10 ,000,000 terlepas cakap
Baiklah, dengan semangat berkobar-kobar sebagai salah seorang Wassaber, aku pun dengan ini cuba-cuba tanya pakcik Google kot-kot dia tau sal daerah-daerah di Sabah ni.
Pakcik Google : ada! Banyak bha juga aku taw pasal Sabah ni (dialek Dusun la pla dia)

Aku : Eh..Eh..Aku maw sikit jak bha pakcik. Nda la aku mau yang banyak-banyak. Aku mau simpan di blog jak bha.
. Tanpa berlengah dia pun memberikan aku beberapa maklumat berkaitan dengan negeri Sabah, negeri di bawah bayu. Mari kita belajar JOM!!


KOTA KINABALU

Nama asal Bandar ini ialah Api-api dan Singgah Mata. Ini kerana kawasan ini banyak tumbuhi oleh pokok api-api. Setelah bandar ini berkembang namanya ditukar kepada Jesselton. Nama ini diambil daripada nama pegawai Inggeris yang ditugaskan membuka dan memajukan Bandar ini iaitu Sir Charles Jessel, Naib Pengerusi Syarikat Chartered yang memerintah Borneo Utara setelah bandar ini dijumpai pada 1881. Nama Kota Kinbalu diberi pada tahun 1967 sempena Gunung Kinabalu, gunung tertingi di Asia Tenggara. Kedudukan Bandar ini di pesisir pantai dan membelakangi lereng bukit yang menghijau serta berhadapan dengan Pulau Gaya.

Semua pusat pentadbiran terletak disini kecuali bahagian Perhutanan terletak di Sandakan. Bandar ini adalah bandar pelabuhan bertaraf antarabangsa dan merupakan salah satu pelabuhan yang penting dan besar di Malaysia. Pelabuhan ini sentiasa tenang kerana dilindungi oleh Pulau Gaya dan pulau-pulau peranginan seperti Pulau Manukan dan Pulau Mamutik yang termasuk dalam Taman Tuanku Abdul Rahman. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu merupakan pintu masuk utama di negeri ini dan juga untuk ke Semenanjung Malaysia. Kota Kinabalu mempunyai pusat pengajian tinggi yang tersendiri iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Univeristi Teknologi MARA (UiTM) serta Kampus Yayasan Sabah (KYS).

KENINGAU

Daerah Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah. Ia adalah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman. Bandar Keningau terletak kira-kira 128 km di Selatan Kota Kinabalu dan dipisahkan oleh Banjaran Crocker. Menurut cerita masa dahulu, ada sebuah kampung di mana terdapat banyak pokok kayu manis yang juga dikenali sebagai "kayu keningau" dalam bahasa tempatan. Orang-orang Inggeris menerimanya sebagai rempah dan seterusnya menjualnya dipasaran antarabangsa. Setelah saudagar-saudagar asing mengenalinya, permintaannya semakin bertambah dan semakin lama "kayu keningau" semakin mashyur di pedalaman. Untuk mudah mengenali kampung yang banyak pokok keningau, maka kampung itu dipanggil Kampung Keningau. Untuk memudahkan lagi pengenalan Keningau, maka nama Daerah Keningau telah dimasukkan dalam peta.

PAPAR

Menyentuh tentang asal-usul Papar, terdapat lagenda bagaimana daerah Papar mendapat namanya, iaitu keadaan tanah yang rata dan landai, di mana dalam bahasa Brunei keadaan rata itu disebut sebagai "Papar". Manakala terdapat satu lagi cerita iaitu dari batang-batang kayu hanyut yang banyak terdampar apabila berlaku banjir. Kayu-kayu yang hanyut itu juga disebut “Papar�?. Sebelum British memulakan pentadbiran mereka, Papar telah ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan. Ketua daerahmya adalah seorang yang berbangsa Bajau iaitu Datu Amir Bahar. Beliau pernah memimpin satu pemberontakan untuk menghalau seorang pembesar Brunei yang pada ketika itu menguasai daerah Papar. Pembesar Brunei tersebut setelah dihalau keluar dari Papar, kemudiannya telah menyerah daerah ini kepada dua orang asing iaitu Overbeck dan dua beradik Dent pada tahun 1877

KOTA BELUD

Kota Belud terletak di pantai barat utara negeri Sabah. Nama Kota Belud berasal dari bahasa Kaum Bajau iaitu "Kota" bermakna kubu pertahanan dan "Belud" bermakna bukit. Maknanya, Kota Belud diertikan sebagai kubu pertahanan di atas bukit. Menurut cerita lisan, pada zaman silam, sebelum adanya badan pemerintah, sering berlaku permusuhan antara kaum dan antara kampung. Demi memperkukuhkan pertahanan masing-masing, mereka terpaksa mencari tempat untuk bertahan daripada serangan musuh. Justeru itu, kaum Bajau telah memilih sebuah bukit sebagai kota (kubu) mereka, dan bukit itu, dikenali sebagai Kota Belud.
Setelah tibanya zaman pemerintah dan berlaku pembahagian daerah di Negeri Sabah, maka daerah ini dikenali dengan rasminya sebagai daerah Kota Belud. Sejak itu, bukit tersebut yang juga dikenali sebagai Bukit Perintah, telah dibangunkan sebagai Pusat Pentadbiran daerah dan sehingga kini menempatkan beberapa bangunan kerajaan, termasuklah bangunan rumah bekas Pegawai Daerah, yang kini telah dijadikan sebahagian dalam kawasan Rekreasi Taman Tun Said.

TUARAN

Penempatan ini telah sedia wujud sebelum kedatangan penjajah Barat dengan sistem pentadbiran oleh pembesar yang dilantik oleh Kerajaan Brunei daripada kalangan rakyat tempatan. Kewujudan nama Tuaran terbukti melalui surat Raffles kepada Setiausaha British di India memohon kebenaran memasuki Borneo Utara atas pelawaan daripada Sultan Brunei. Pelawaan oleh Kerajaan Brunei adalah didesak oleh masalah lanun yang berleluasa dikawasan Jawaran (Tuaran) dan kawasan Jampasoo (Tempasuk). Tuaran bersempena dengan nama sungai Tuaran iaitu satu-satunya sungai yang amat penting di daerah Tuaran.

SEMPORNA

Semporna terletak di selatan timur Sabah. Semporna dijumpai selepas British menubuhkan Sandakan. Nama Semporna bermaksud "tempat istirehat" dan nama ini diberi selepas British berjaya menumpaskan penentangan kaum Bajau iaitu penduduk tempatan pada pertengahan 1880. Penentangan dari golongan Bajau Laut yang tidak bersetuju dengan undang-undang yang diwujudkan oleh pihak British. Bajau Laut menetap di tepi pantai. Bot yang diperbuat dari kayu balak yang digunakan oleh kaum ini masih boleh dijumpai pada masa kini. Pedagang Cina memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi di Bandar Semporna. Penternakan mutiara bermula pada tahun 1963 yang meliputi beribu-ribu hektar dan telah menghasilkan mutiara yang banyak untuk dijual di pasaran tempatan dan antarabangsa

SANDAKAN

Sandakan ialah Bandar kedua terbesar di negeri Sabah. Sandakan terletak di sebelah timur Sabah. Bandar ini terletak dalam Bahagian Sandakan dan menghadap ke Laut Sulu. Sandakan dikenali sebagai tiga kampung kecil di tepi pantai pada awal 1870. Nama Sandakan dipercayai berasal dari perkataan lama Sulu yang bermaksud "tempat itu telah dipajakkan kepada orang Eropah sebagai pembalasan bagi sesuatu benda, kerja atau janji". Pada 21 Jun 1879, William Pryer mengasaskan Bandar Baru iaitu "Elopura" di Bull Sim Sim. Elopura bermaksud "tempat yang cantik" selama 200 tahun dahulu sebelum nama Sandakan diberi oleh Cowie, pegawai Kompeni British Chartered.
Bandar Sandakan dibangunkan oleh Kompeni British Chartered pada 100 tahun yang lalu dan berkembang dengan pesat sehingga menjadi penempatan yang terbesar di bahagian utara Sabah. Perkembangan ini disebabkan pusat pentadbiran terletak disini. Kini ia merupakan di antara bandar pelabuhan yang penting di Sabah. Sandakan merupakan pengeluar kayu balak yang terbesar di Malaysia di samping minyak kelapa sawit, hasil lautnya seperti ikan, udang, mutiara serta hasil pertanian seperti tembakau, koko, kopi, sagu dan pisang manila.

TAWAU

Tawau terletak di bahagian Selatan Pantai Timur yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Mengikut sejarah awal, Tawau diserahkan oleh Sultan Brunei dan Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck, pemerintah Inggeris pada tahun 1877. Tawau hanya dibuka pada tahun 1893 memandangkan lokasi yang strategik sebagai bandar pelabuhan dan lurah-lurah yang subur. Koko merupakan pertanian utama hingga menjadikan Tawau sebagai pengeluar koko yang terbesar di rantau Asia. Selain daripada koko, tanaman seperti kelapa sawit, lada hitam dan kelapa juga turut diusahakan. Selain itu, hutan rimba di Tawau juga menyumbang hasil kayu balak kepada ekonomi Sabah. Tawau juga terkenal dengan ternakan udang laut yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara iaitu terletak di Umas-umas. Lapangan Terbang Tawau hanya menyediakan penerbangan domestik sahaja. Tawau juga terkenal dengan sarang burung yang banyak ditemui di gua seperti Gua Batarong, Segarong dan Tapadong

Aku UP lagi : Sabah adalah sebuah negeri yang cantik. Dan setiap daerah memiliki 1001 cerita-cerita yang menarik. Marilah datang ke Sabah. Cuti-cuti Malaysiaaaaa..
Dikisahkan di: sioloon.com

10 comments

December 14, 2010 at 2:51 PM

wow! promot negeri kita! hehe..bgus2..aku support jak ko ar.hee..datang la ke Sabah.ujung bulan ni aku maw wt entri Sandakan..gmbr ori sendiri ambil.wahahaha..

December 14, 2010 at 3:13 PM

bagus juga tu kan hahah..
bha nnt aku sokong ko pla ar..hehhe

December 14, 2010 at 3:45 PM

bagus2 pinung..sa sokong juga ni

December 14, 2010 at 4:08 PM

@Mama JnJthanx mama..heheh
aku bangga bha jadi orang sabah apa lagi jadi orang malaysia heheh

December 14, 2010 at 4:45 PM

boleh bah kalau ko..hehehe...:)

December 14, 2010 at 5:12 PM

@dyg
hahaha..sokongan padu dari dayang hehehe

December 14, 2010 at 10:22 PM

Yeah! Sentiki..!

December 14, 2010 at 10:30 PM

nah..santiki..
hahahah

December 27, 2010 at 8:52 AM

best!! btw, nenek ku ckp sandakan tu mksud dia 'sandak' atau gadai..time dulu sultan Sulu yg conquer sandakan ni..1hari dia kalah judi, jd dia gadai la sandakan ni sma org puteh..tu la dpggil sandak..emm..'kalah judi' lg tu..hahah..ni la ni crita org tua2 ni..hihihihi

December 27, 2010 at 5:45 PM

@Finie Ramosbetul2 tu finie, bahasa suluk bh tu sandak maksudnya gadai..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...