Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Gajah mammoth akan hidup tak lama lagi?

Sunday, January 16, 2011 4 ,000,000 terlepas cakap
TOKYO – Gajah Mammoth yang pupus sejak beribu-ribu tahun dahulu bakal dihidupkan semula dalam masa cuma empat tahun, lapor sebuah akhbar di sini semalam.

Dalam siri eksperimen mirip filem sains fiksyen The Jurrasic Park, nukleus tisu kulit dan otot Mammoth yang ditemui beku di dalam ais di Siberia akan digunakan untuk menghidupkan semula haiwan purba itu.

“Masalah teknikal dalam eksperimen ini telah diatasi, kami cuma memerlukan sampel nukleus yang baik,” kata seorang profesor di Universiti Kyoto yang terbabit dalam projek berkenaan, Akira Iritani.

Nukleus sel mammoth itu akan dimasukkan ke dalam sel telur gajah Afrika yang akan berfungsi sebagai ibu tumpang disusuli tempoh bunting selama 600 hari.

“Saya fikir kami mempunyai peluang yang cerah dengan seekor anak gajah mammoth akan dilahirkan dalam masa empat tahun lagi,” katanya. – Agensi

4 comments

January 16, 2011 at 8:15 AM

wah..klu mcm ni dpt suda tgk mammoth real..hee

January 16, 2011 at 9:33 AM

@dyg jaga2 dyg nnt ko kena pijak nanti..tp kalau gajah ni hidup balik rasanya tak lama jg sbb kena akan kena buru oleh pemburu haram..

January 17, 2011 at 9:15 AM

laaaa..buat apa mau kasi tmbah lg rakyat bumi ni..sumber2 bumi utk kita sndri pun makin bekurang..mmm...bleh makan ka tu gajah?klu bleh, bgus jg tu buat kenduri~hehehe

January 17, 2011 at 1:08 PM

@Finie Ramos hahahah..ntah, obses dengan zaman dinasour kali dorang tu..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...