Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

13 Gaya tidur dalam kelas-apa pilihan korang?

Sunday, January 2, 2011 4 ,000,000 terlepas cakap
Zaman berubah tetapi gaya tetap tidak pernah berubah. Kali ni post aku tentang gaya-gaya tido dalam kelas. heheh, ini juga bersempena azam rakan baik aku tahun ni untuk tidak lagi tido semasa kuliah (sori geng). Tapi sebenarnya post ni juga ditujukan khas untuk semua warga mergastua yang bergelar pelajar, mahasiswa/wi, atau apa-apa saja yang penting suka tido dalam kelas. Jujur aku pun akan terlelap juga kalau dah penat sangat kena-kena pla dengan suasana yang membosankan, lecture boring..hadey layan mimpi lagi siok owh..Oraitz lets cekey daut..JOM!!!

1. Gaya Boring


Gaya yang diilhamkan akibat perasaan boring yang melampau tahap gaban. Bila korang lihat rakan korang menggayakan gaya ini, itu bermakna beliau bosan dengan pengajaran, subjek atau mungkin terhadap guru/pensyarah. Biasanya guru/pensyarah memberikan penerangan yang membosankan, nada yang mendatar dan isi kandungan yang membosankan atau mungkin beliau sendiri yang membiarkan diri beliau bosan hehe. Jujurlah korang, korang macam ni kan selalu? hahahah

2. Gaya Klasik


Gaya yang paling tradisional dalam kelas. Gaya ini memberi kelebihan kepada anda untuk pergi lebih jauh ke alam mimpi. Namun, gaya ini adalah sangat berisiko tinggi kerana guru/pensyarah mudah untuk mengenali gaya ini. Silap-silap korang boleh tido di luar kelas taw. Hehehe

3. Gaya Sombong


Gaya yang mungkin disalahtafsirkan sebagai satu penghinaan dek kerana menurut pembacaan bahasa tubuh, gaya ini menunjukkan "apa pun yang cikgu/pensyarah terangkan aku dah tau jawapan dia". kemungkinan gaya ini adalah untuk mereka yang kononnya tergolong sebagai golongan intelektual. Jadi korang jangan nak gunakan gaya macam ni, nanti guru/pensyarah anggap korang dah terlebih pandai pla..

4. Gaya bertafakur/berdoa/muhasabah diri


Gaya yang sangat 'baik'. Dengan menggenggam kedua-dua jari yang digabungkan (seperti gambar) dan gaya tidur seperti ini dengan jelas menyatakan kepada guru/pensyarah anda
" cikgu/encik/puan/cik..boleh kan kelas di habiskan sekarang juga..huhu "


5. Gaya Sedih a.k.a Emo


Gaya yang menjelaskan kepada kita yang mana si pelaku mendengar tetapi tidak mengerti apa yang berlaku. Gaya yang ini merupakan gaya kepada peralihan untuk gaya no. 2 tadi hehehe.

6. Gaya Burung Unta


Gaya ini seperti burung yang menyembunyikan kepalanya. Hal ini dapat dilihat melalui posisi tidur, ia menjelaskan bahawa seseorang yang tidak mempunyai rasa selesa dan dengan ini si pelaku ingin tidur tetapi pada masa yang sama takut ditangkap secara terang-terangan. Gaya yang paling 'selamat' untuk jangka masa yang seketika hehe

7. Gaya keayuan dan kecantikan


Biasanya gadis-gadis dan awekz-awekz yang menghadiri kelas tanpa sebarang kepentingan di dalam kepala hotak dorang. Misalnya yang sibuk dengan anak-anak jantan/balak/bupren di fikiran mereka. Gaya ini penuh dengan emosi, cinta dan segala jenis perasan yang dipendamkan dan diadun untuk menjadi satu jalan cerita menarik di dalam mimpi. Hahaha

8. Gaya BOSS


Gaya yang agak-agak marabahaya. Mereka yang mempunyai raut wajah yang garang, ganaz dan brutal sahaja yang mampu untuk tido dengan posisi seperti ini. Dengan perasaan yang langsung tidak bersalah terhadap guru/pensyarah, mereka berani untuk menunjuk kepada dunia yang mereka tidak mahu belajar. Perghhhh kalau aku dapat budak tido begini dalam kelas aku, aku hambat guna buku teks. Buat Orang Susah Saja (B.O.S.S)

9. Gaya 'Double' dan 'Trouble'


Gaya ini, bagi menurut aku, tidak lagi dianggap sebagai menghadiri kelas, kerana secara terbuka diorang bekerjasama dengan rakan anda untuk tidur secara bekerjasama. Mereka bersatu hati dengan rakan subahat mereka untuk tido tanpa memikirkan perasaan guru/pensyarah anda. Dan secara tidak langsung mereka telah menghancurkan harapan Mak bapak, nenek moyang dan segala keturunan diorang. Naaa sampai begitu sekali yaa..hahaha tak da la sampai macam tu sekali. UP saja tu..

10. Gaya 'Triple' a.k.a 'trio'


Gaya ni merupakan kesinambungan gaya no.9 tadi. Mereka mula membentuk satu kumpulan besar. Dan tanpa perasaan segan silu mereka mula melayari taman-taman mimpi tanpa kisah dengan apa yang berlaku di dalam P&P. Generasi yang langsung tak guna 1 sen pun. Cait..hindari gaya ini..

11. Gaya 'The Bantal'


Jenis perilaku boleh digambarkan sebagai pemberontak. Mengabaikan peraturan dan tidur adalah satu hal, tapi akan berani pula sejauh ini, iaitu berani untuk mencuba membina suatu persekitaran tidur yang selesa. Ini sudah melebihi apa yang orang normal fahami / terima. Sapa la yang berani bawa bantal ke kelas/bilik kuliah.

12. Gaya 'The Meja'


Gaya yang dah jauh tersesat ni korang jangan ikut ya. Pelajar seperti ini telah berani untuk menggabungkan beberapa meja untuk menjadikannya seperti katil, kemudia mengambil bekalan selimut dan bantal dari rumah. Ewah-ewah-ewah..hapa dia ingat kelas tu bilik tido rumah dia? Pelajar macam ni betul-betul sudah hilang akal dan hormat dengan guru/pensyarah yang mengajar dihadapan.

13. Gaya Berdiri

Bagi aku lah kan, gaya tidur macam ni betul-betul telah tersesat dan tersongsang jauh daripada gaya tidur yang normal. Pelajar seperti ini dah kira berada pada tahap kritikal. Guru/pensyarah yang berhadapan dengan situasi seperti ini tidak mampu untuk melakukan apa-apa (kecuali siram dengan air panas kot). Iya lah, nak denda berdiri pun dia tetap boleh tido. Guru/pensyarah hanya mampu untuk teruskan sahaja P&P...

Jadi, secara kesimpulannya janganlah tido semasa kelas sedang berjalan. Tetapi bila tiada guru/pensyarah, tido adalah kegiatan yang paling best untuk dilakukan. Hormatilah guru/pensyarah anda biarpun mereka memboringkan didalam kelas.

aku kata : pernah tertido masa ambil paper Matematik SPM dulu..ahahah aku buang masa lebih kurang 30 minit untuk tido hahaha

4 comments

January 2, 2011 at 11:50 PM

aku tido gaya itik menyelam minum air sambil mengikut irama syahdu.

January 3, 2011 at 4:55 AM

dulu masa iskul selalu pilih gaya 7 hehee

January 3, 2011 at 5:50 AM

@lisa surihani? hahaha pandai lah ko sana..aku tgo ko tido dalam kelas, siram terus pakai air..

@Mama JnJ hahaha gaya tu mmg gaya yg khas untuk awek2 jak..hehehe

February 26, 2011 at 4:42 PM

masa skul aku selalu wat gaya pancing ikan masa add math.. skang pun ada juga...hahaha

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...