Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Pelacur kini perlu membayar cukai pendapatan

Thursday, January 13, 2011 2 ,000,000 terlepas cakap
AMSTERDAM - Seorang jurucakap agensi cukai Belanda, Janneke Verheggen berkata, pelacur di Amsterdam akan ditemui pegawai percukaian, lapor agensi berita AP semalam.

Aktiviti pelacuran berkembang di Amsterdam semenjak tahun 1600 semasa Belanda menjadi kuasa dalam bidang maritim.

Negara itu membenarkan kegiatan pelacuran pada tahun 2000 tetapi pihak berkuasa meminta para pelacur membayar cukai pendapatan.

Namun terdapat beberapa orang pelacur menganjurkan bantahan kerana mereka berasa ragu dengan undang-undang percukaian sama ada ia boleh dilaksanakan ke atas industri yang menggunakan bayaran tunai.

Seorang pelacur yang hanya mahu dikenali sebagai Samantaha menyokong pelaksanaan bayaran cukai itu dan menganggap ia sebagai satu langkah yang baik.

"Ia (pelacur) merupakan satu pekerjaan sama seperti pekerjaan yang lain dan kami patut membayar cukai," katanya.

Menurutnya, dia telah membayar cukai selama bertahun-tahun sekali gus menganggap adalah tidak adil jika terdapat pelacur lain yang tidak membayarnya.

Biro Statistik Pusat Belanda menganggarkan industri pelacuran menjana perolehan AS$865 juta (RM2.64 bilion) setahun. - Agensi

aku kata : hahaha nampak gaya kerajaan dorang dah mengakui pelacur mampu memacu ekonomi negara..
dikisahkan di : kosmo

2 comments

January 13, 2011 at 9:26 AM

Kasi tinggi cukai dorg~~!!!!biar dorg xmampu byr cukai so dorg pun bhnti la melacur~

January 13, 2011 at 1:59 PM

@Finie Ramos uish minta2 jgn negara kita akui keja2 dorang ni..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...