Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Datuk Misbun : Habis madu sepah dibuang akibat keputusan majoriti exco bangang

Sunday, January 9, 2011 0 ,000,000 terlepas cakap
Tak dapat nak tido tadi jadi aku baca berita online, masuk bahagian sukan, terus mata yang kuyu-kuyu mengantuk terus jadi segar macam kena spray ridsect. Terkejut dengan keputusan exco-exco tin kosong yang tau duduk dalam eykon yang mana mereka mahu PERLETAKAN JAWATAN DATUK MISBUN DITERIMA. Aku rasa macam aku nak pegi jer pejabat dorang lempang kepala dorang satu-satu. Tak tahu lah korang, korang setuju ke tak. Korang baca lah berita ni.

MAJORITI exco Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu Presiden Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh bertegas dan menerima peletakan jawatan jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek.



Kata mereka, Misbun tidak menghargai banyak kelonggaran yang sudah diberikan kepadanya dan BAM sendiri sudah banyak bertolak ansur. Sehubungan itu, BAM harus menerima dengan hati terbuka permintaan jurulatih itu termasuk kemahuan pemain perseorangan utama dan nombor satu dunia, Lee Chong Wei yang mahu mengikut jejak langkahnya keluar daripada naungan BAM.

Exco BAM, Datuk Syed Abu Bakar Abdullah yang juga pengurus skuad Piala Thomas/Uber 2010 lalu berkata, dia bersetuju sekiranya BAM menerima peletakan Misbun kerana yakin ia tidak menjejaskan kewibawaan dan sistem kejurulatihan dan latihan dalam badan induk itu.

“Ramai exco berpendapat BAM perlu tegas dan menerima peletakan jawatan Misbun serta tidak tunduk kepada kerenahnya. Kita mesti tegas dan berani berubah kerana hanya disiplin dan kesungguhan menjadi penentu kejayaan,” katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, mana-mana jurulatih di dunia boleh melatih pemain yang sudah mencapai taraf dunia seperti Chong Wei, seperti yang dilakukan Misbun ketika ini.

“Kita akan membincangkan isu Misbun ini pada mesyuarat exco Rabu ini dan kita membuat keputusan akan menerima peletakan jawatannya,” katanya lagi.

Pendirian tegas exco BAM itu harus memberi isyarat jelas kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kemelut peletakan jawatan jurulatih itu apabila dijadualkan mengadakan pertemuan enam mata dengan Mohd Nadzmi dan Misbun, esok.

Misbun melakukan kejutan menjelang Tahun Baru apabila menghantar surat meletak jawatan menerusi emel tanpa menyatakan sebarang alasan

dikisahkan di : Berita harian.

aku kata : Exco BAM tu pandailah nak cakap dorang boleh cari kan jurulatih kat dunia ni untuk melatih chong wei, lepas tu tak kisah kalau Chong wei ikut jejak langkah Misbun..ayat dorang tak ubah macam tin kosong. Bising jak. Kalau dah hebat sangat nak mencari bakat baru, kenapa tak dorang jer yang buat keja Misbun pegi cari bakat baru dan latih sampai jadi pemain seperti Chong wei? Habis Madu Sepah Di buang. kegemilangan sukan malaysia nampaknya akan berakhir dengan kejayaan bolasepak menjuarai piala aff suzuki. terkini kecemerlangan itu akan berkubur satu demi satu walaupun peringkat antarabangsa banyak yang kita semua kecapi. terbaru badminton, kemudian karate lepas tu ntah hapa lagi. Kepada Datuk-Datuk exco BAM yang mungkin pegang raket pun tak tahu terutamanya yang menjadi pengurus skuad Piala Thomas dan Uber tu, ingatlah semua rakyat Malaysia tidak salahkan Misbun dan Chong Wei dan jangan ingat rakyat ni bangang tak reti nak baca situasi. Aku menyokong Pak Menteri KBS kita untuk mempertemukan kepala BAM dan Datuk Misbun. geram taw.....


Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...