Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Entry membodek WSB

Wednesday, December 15, 2010 5 ,000,000 terlepas cakap
Aramiteyyy..heheh
Aku boring lagi hari ni. Kenapalah hari-hari aku boring ni. Bengong betul kepala ku ni. aku sendiri pun nda tau apa yg ku mau cakap ni. kejap ar, aku pikir dulu...



Oh ya aku mau cerita ni pasal WSB atau nama panjangnya We Are Sabahan Blogger a.k.a Wasseber. Aku ni sudah lama join bala tentera WSB ni ada dalam 2 bulan lebih (lama ka tu??) tapi nda penah pun skali aku cerita pasal WSB ni (admin jgn marah ar). Punya lah aku jahat nda penah cerita2 pasal WSB yang banyak sudah bejasa sama aku. Iya lah kalau kamu perasan tu rakyat jelata (follower) aku ramai sebab WSB ni lah. Banyak betul jasa-jasa kau ni sama aku.

Apa lagi yang mampu aku cakap melainkan kata-kata Thank You dan terima kasey banyak-banyak (sambil tunjuk jari-jari). Tanpamu siapalah aku. WSB ni dibentuk sebab utamanya ialah untuk mengumpulkan seberapa banyak bala tentera untuk di hantar ke mana-mana negara bergolak dan mereka yang join kenalah sentiasa siap sedia untuk berkorban. Hahahah sila abaikan. ala tujuan utama bukan lain sebab mau satukan blogger-blogger tegar di Sabah ni di bawah satu komuniti yang mampu menjana pembangunan industri blog di Malaysia. Selain daripada memberi manfaat kepada sesama ahli iaitu meningkatkan trapik sampai melimpah-limpah hingga ke ladang gandum, WSB diharapkan mampu untuk membuka peluang kepada blogger-blogger baru dan noob (aku la tu) untuk belajar berkenaan dunia blog yang penuh dengan pancaroba.

OK apa lagi yang aku mau merepek ar??

Ok aku UP lagi, kalau korang join WSB ni korang akan merasakan kemesraan yang terjalin dan muhibbah di kalangan ahlinya. Susah mau jumpa komuniti yang macam ni tau. Sifat kemesraan yang terjalin inilah merupakan tunjang utama kekuatan dan keutuhan persaudaraan sesama blogger di Sabah tidak kira bangsa dan daerah.

Dalam WSB juga banyak aktiviti yang di anjurkan contohnya Blog of The Month (BOTM) walaupun aku nda penah tercalon tapi seronok bha huhuhu. Selain tu ada lagi Wassaber hyperacktive, yang mana selalu aktif sampai di suruh diam pun masih lagi mau aktip-aktip. Dan banyak lah lagi sampai nda cukup ni kalau aku cerita semua, yang penting memang siok lah. Oh ya, ada pula lagi nanti WSB mau buat Mini Gathering pada 20 Disember 2010. Apa yang nda bez nya gathering ni aku nda dapat join. sigh*

OK lah kalau aku merepek lama-lama nanti kamu cakap aku tipu pula. Tapi hakikatnya WSB ni memang telah banyak membantu aku. Jadinya untuk kamu tunggu apa lagi tu? Join la ni WSB. Kamu urang akan rasakan sesuatu yang tidak pernah kamu rasakan. Hahahahah (ketawa penjahat).
Sekali kau wassaber, selamanya kau wassaber


Bha itu jak entry merepek aku yang membodek, namun yang pasti WSB adalah yang terbaik komuniti blog di Sabah. LETS ROCK IT..!!


5 comments

December 15, 2010 at 2:27 PM

yeppi!! sy suka..^sukung!!!

December 15, 2010 at 2:29 PM

WSB jugak bha yang terbaek kan.. Wpon saya ni member baru, tp terasa bah kemeriahan dan keramahan kamu yg veteran ni.. EKEKEKE. Suka ati jak panggil orang golongan veteran..

December 15, 2010 at 4:45 PM

@Zurina J.
@n0n0i♥a'n'l

hehe betul2 thanx ar sbb sudi terima aku di WSB ni..hahah nnt aku bodek lagi tu admin hahaha

December 15, 2010 at 4:47 PM

wooooooooot~ sa sukaaa~~~~

December 15, 2010 at 5:06 PM

@Glayriel Sarahon
aku saja tu mau bodek admin supaya dia terus jak kasi aku title tu BOTM ahahha

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...