Segera update kepada anda

Giler!! seramai sedang membongkar cerita-cerita mengarut yang ada blog ni.

Lelaki bogel Masuk McDonald

Wednesday, December 15, 2010 0 ,000,000 terlepas cakap
SEORANG lelaki dalam keadaan bogel dilihat memasuki sebuah restoran makanan segera di Ridout Tea Garden dekat Queensway sekitar 4 pagi semalam.

Lelaki itu dipercayai berusia lewat 20-an dengan awal 30-an tahun.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Sean, yang ketika itu berada di tempat kejadian - di restoran McDonald's - telah menghubungi laman Stomp.


Ketika dihubungi Berita Harian semalam, Encik Sean berkata:

'Saya dan rakan saya berada di McDonald's itu apabila kami ternampak seorang lelaki tanpa seurat benang pun melangkah masuk.

'Kami melihat sendiri dengan mata kepala kami.'

Menurutnya, lelaki berkenaan seolah-olah tidak mengendahkan orang-orang dan keadaan di sekelilingnya.

Bahkan dia langsung tidak peduli walaupun orang-orang di restoran tersebut kelihatan tidak senang dengan perbuatannya itu.

Dipercayai, tiada seorang pun pekerja di restoran McDonald's itu melayan lelaki tersebut yang dikatakan ingin membeli secawan kopi.

Perkara tersebut dipercayai telah menimbulkan kemarahannya yang kemudian mencetuskan kekecohan di dalam restoran itu.

'Rakan saya terdengar lelaki itu ingin membeli secawan kopi, tetapi tiada seorang pun pekerja McDonald's yang melayaninya gara-gara dia tidak berpakaian itu,' ujar Encik Sean.

Beliau selanjutnya berkata lelaki tersebut terus keluar dari restoran itu dan kemudian membuat satu panggilan menerusi telefon bimbitnya.

'Apabila permintaannya tidak dilayan, lelaki itu membuat bising lalu keluar.

'Dia berlegar di luar McDonald's selama sekurang-kurangnya 10 minit sebelum beredar,' kata Encik Sean yang berada di tempat kejadian itu bersama seorang rakannya.

Semasa lelaki itu berada di luar restoran, Encik Sean sempat merakamkan beberapa keping gambar aksi lelaki tersebut.

Encik Sean, bagaimanapun, menyatakan bahawa beliau tidak membuat laporan polis.

'Saya dan teman saya ingin membuat laporan polis tetapi kami membatalkan niat itu kerana percaya pihak McDonald's akan berbuat demikian,' katanya.

Ketika dihubungi, pihak McDonald's enggan mengulas tentang kejadian itu.

Jurucakap polis semalam mengesahkan bahawa pihaknya menerima satu panggilan berhubung kejadian itu pada 4.35 pagi.

Polis telah menahan lelaki itu di luar restoran McDonald's dan dia kini dirujukkan kepada Institut Kesihatan Mental ( IMH) bagi menjalani ujian psikiatrik.

Individu yang berbogel di khalayak ramai boleh dikenakan hukuman denda hingga $2,000 dan dipenjara sehingga tiga bulan

p/s: gempak memang gempak lah lelaki ni. Patut dia masuk kedai pakaian..

Post a Comment

Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...