LOS ANGELES – Sepasang kembar, Tyler Winklevoss dan Cameron Winklevoss yang sebelum ini pernah menyaman pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg, 26, pada 2007 sekali lagi memfailkan saman terhadapnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada 2007, Tyler dan Cameron yang berusia 29 tahun menyaman Zuckerberg kerana dia didakwa mencuri idea untuk menghasilkan Facebook daripada mereka.
Dakwaan mencuri idea itu dibuat selepas pasangan kembar itu meminta Zuckerberg menghasilkan kod untuk satu rangkaian sosial mereka, Harvard Connection.
Pasangan kembar itu dan Zuckerberg merupakan rakan semasa mereka belajar di Universiti Harvard.
Zuckerberg berusia 26 tahun telah membayar kembar itu sebanyak AS$65 juta (RM204.5 juta)secara tunai bagi menyelesaikan kes saman yang pertama.
Namun, kini, pasangan kembar itu menuntut ganti rugi yang lebih banyak selepas mereka mendakwa ditipu oleh Zuckerberg mengenai nilai sebenar syarikat Facebook.
Terdapat dakwaan bahawa nilai syarikat tersebut ialah AS$11.5 billion (RM36.2 billion)
Menurut majalah Forbes, Zuckerberg kini menjadi warga Amerika yang ke-35 terkaya dengan anggaran kekayaan AS$6.9 billion (RM21.7 billion).
Saman kedua itu difailkan di sebuah mahkamah di California. – Agensi
dikisahkan di kosmo.com.my
P/S: Tahmak haloba juga pasangan kembar ni. Tapi Mark tu kaya gak..dunia..dunia
Jom baca kisah Mark Zuckerberg ni lagi

Post a Comment
Korang rasa ada sesuatu yang nak di katakan? jangan simpan, kongsikan bersama...